Friday, June 23, 2006

Masa itu emas..... Jangan buang masa

Hari ini saya agak terkejut kerana produk saya di eBay mendapat sambutan hangat. sememangnya di luar jangkaan saya memandangkan demam piala dunia belum berakhir lagi. apa yang terjadi ini menaikkan semangat saya untuk bekerja lebih keras lagi. Harapan saya agar gedung saya sentiasa dikunjungi pelanggan-pelanggan semua. Sekiranya anda belum menjenguk gedung eBay saya, silakan melawat gedung saya dengan menekan link yangterdapat di sebelah kiri laman ini.

Tiba masanya untuk saya membincangkan mengenai topik pengurusan masa. Sebenarnya jika anda seperti saya, mengjalankan perniagaan internet secara sambilan, anda haruslah mempunyai pengurusan masa yang benar-benar efektif dan efisien. Untuk memastikan perjalanan perniagaan kita sentiasa teratur dan sistematik, kita harus mempunyai pengurusan masa yang baik

Seperti saya sendiri, saya mempunyai masa yang amat terhad untuk melakukan beberapa perkara yang penting dalam sehari. Saya cuma mempunyai masa lapang pada malam hari sahaja jadi apa yang perli saya lakukan ialah memastikan masa saya tidak terbuang dan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Jika anda hanya menjalankan satu perniagaan di internet, anda tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa anda. Sekiranya anda menjalankan lebih dari satu jenis perniagaan secara online secara sambilan, anda pasti menghadapi krisis pengurusan masa ini. Bagaimana untuk menyelesaikannya? Saya ada tips untuk anda semua

1. Buat jadual harian anda. Senaraikan apa yang perlu dibuat dan susunkan mengikut kepentingan.

2. Sekiranya perniagaan anda masih menggunakan proses manual, automasikannya.

3. Sediakan email-email yang biasa ditulis kepada pelanggan anda di dalam word pad. Anda hanya perlu ‘cut & paste’ sahaja apabila mahu menghantar email kepada pelanggan anda.

4. Gunakan perisian –perisian tertentu yang boleh memudahkan kerja anda seperti auto responder.

5. Buat catatan. Amalkan langkah ini untuk memastikan anda tidak terlupa perkara-perkara penting tentang perniagaan anda.

6. Bahagikan masa anda untuk melakukan promosi, menyertai forum, melihat statistik laman web anda, mengemas kini laman web anda, menjawab email, melancarkan produk baru atau sebagainya.

7. Pastikan semua email anda disusun mengikut folder. Sila rujuk topik yang lepas mengenai pengurusan email yang berkesan. Ini dapat menjimatkan masa anda.

8. Sekiranya anda sedang menghasilkan produk anda , jangan lupa, draflah dahulu di atas kertas. Anda boleh menghasilkan produk anda tepat pada masanya sekiranya anda mengatur kerja anda terlebih dahulu. Yang penting sekali, pastikan segala hasil kerja anda di “back up”. Kenapa? Jawab sendirilah…

Demikianlah serba sedikit mengenai cara-cara untuk menguruskan masa. Di harap dengan maklumat ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sila tinggalkan komen anda mengenai laman ini. Saya harap anda beroleh kejayaan dibidang perniagan online. Semoga bertemu lagi.

No comments: