Sunday, October 29, 2006

Kini muncul kembali...

Salam sejahtera kepada semua pengunjung laman blog ini.

Terlebih dahulu saya memohon ribuan maaf kerana atas kegagalan saya untuk menulis di laman ini. Oleh kerana terlalu sibuk (maklumlah, membuat banyak kerja dalam satu masa) saya tidak berkesempatan untuk menulis blog.

Baiklah hari ini saya ingin memberitahu mengenai perkembangan perniagaan internet saya. Perniagaan ebook di eBay amat memberangsangkan. Sungguh tidak saya sangka, dalam bulan ramadhan yang lepas saya mendapat pulangan yang agak memberangsangkan. Beberapa ebook baru juga telah saya masukkan. Ada juga ebok di dalam bahasa melayu kali ini.

Selain daripada menjual ebook, saya juga sedang sibuk menyiapkan 2 ebook terbaru saya untuk anda semua. Saya juga sedang menyiapkan satu CD interaktif. Saya jangkakan ianya akan dapat dipasarkan selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Sokongan dari anda semua amat saya harapkan dan teruslah menyokong saya. Jangan lupa untuk singgah di laman blog ini untuk berkongsi maklumat mengenai perniagaan internet dan mengetahui perkembangan terbaru perniagaan saya.

sekian buat hari ini...