Saturday, April 28, 2007

Pengiklanan Melalui SMS Bagi Usahawan Internet.

Salam bahagia, Artikel ini di tulis oleh seorang penulis jemputan. Saya harap anda semua mendapat ilmu yang berguna dari artikel ini.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sistem Pesanan Ringkas atau Short Messaging System (SMS) amat sinonim dalam kehidupan harian kita. Setiap hari kita menggunakannya. Malah, rata-rata semua rakyat Malaysia memiliki telefon bimbit di mana mereka boleh menghantar SMS pada bila-bila masa. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, pemilik telefon bimbit telah menjangkau 21,520,000 pengguna pada suku ke-2 tahun 2006 dan mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 4.5% dan kadar penembusan sebanyak 80.8! Satu angka yang agak positif untuk sebuah negara membangun seperti Malaysia

Rakyat Malaysia memang gemar menghantar SMS. Ini terbukti dengan populariti rancangan realiti yang memerlukan penonton-penonton ikut serta dalam program-program yang ditayangkan. Contohnya Mawi yang juga digelar 'Raja SMS' kerana jumlah SMS yang diterima dalam menjuarai Akademi Fantasia 3 yang telah mencecah jutaan ringgit. Statistik hasil kajian Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia menunjukkan lebih dari 3406 juta SMS telah dihantar dalam tempoh suku pertama tahun 2005. Apa yang ingin ditekankan di sini ialah rakyat Malaysia bergantung pada teknologi ini untuk berhubung antara satu sama lain. Bayangkan potensi yang boleh dicapai jika para usahawan di Malaysia meraih pelanggan-pelanggan dari khidmat SMS selain dari kaedah-kaedah pemasaran yang lain, tentu ia boleh digunakan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.

Sebagai contoh, seorang peniaga 'ubat kuat' untuk lelaki yang menjalankan perusahaan di Machang, Kelantan dan beliau mempunyai reputasi yang baik dikalangan pelanggan-pelanggan beliau di Machang. Tetapi walaupun produk dan khidmat yang disediakan amat berkualiti, jumlah yang beliau perolehi hanya mampu untuk menampung kehidupan seharian sedangkan perniagaan beliau berpotensi untuk maju. Ini kerana kaedah pemasaran yang beliau gunakan adalah kaedah dari mulut ke mulut (Word of Mouth) oleh pelanggan-pelanggan beliau di sekitar Machang sahaja. Oleh kerana perniagaan beliau adalah secara kecil-kecilan, beliau hanya mampu mengiklankan khidmat beliau dalam surat khabar kecil seperti akhbar tabloid yang memang terkenal dengan cerita sensasi dan berbaur seksual untuk meningkatkan jualan. Ini satu usaha yang bagus malangnya, ia hanya dalam jangkamasa yang singkat. Untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan dalam Iklaneka beliau perlu membelanjakan dalam anggaran RM30.00 untuk iklannya dipaparkan selama sehari. Para pembaca tabloid belum tentu ada masa hendak membelek setiap helaian Iklaneka da akhirnya ia cuma tinggal sebagai salah satu iklan kecil di penjuru sebuah akhbar tabloid. Jauh Panggang Dari Api untuk beliau mengiklankan perniagaan beliau dalam Yellow Pages yang mengenakan bayaran bermula dari RM1,4++ untuk iklan kecil di dalam buku direktori yang belum tentu dibelek oleh sesiapa.


Jika kita menggunakan statistik yang telah dipaparkan di atas, alangkah bagusnya jika beliau dapat memaparkan produk dan khidmat beliau melalui SMS? Dengan potensi pelanggan sehingga 21 juta yang memiliki keupayaan untuk memiliki telefon bimbit dan menghantar SMS bukankah berbaloi jika hanya 1% dari jumlah diatas membuka telefon bimbit dan menghantar, sebagai contoh 'CARI UBAT KUAT' ke 33399 dan nama beliau terpapar pada skrin telefon bimbit menceritakan tentang khidmat yang ditawarkan serta cara menghubungi beliau, bukankah ia amat berbaloi kerana pelanggan itu adalah seorang pelanggan yang benar-benar berminat dengan perniagaan beliau. (A Highly Quality dan Targeted Customer).

Berita baiknya, sistem ini bukan sahaja boleh dimanfaatkan oleh pengusaha seperti contoh di atas malah ia boleh digunakan oleh semua jenis perniagaan. Adakah anda seorang ejen MLM di kawasan anda? Seorang freelancer dalam bidang IT dan mahu menghebahkan skil anda? Seorang suri rumah yang cekap dalam bidang masakan dan mahu menjual resepi-resepi anda secara kecil-kecilan? Seorang Ejen berdaftar untuk Insurans, Kredit kad dsb? Seorang pengusaha makanan tradisional di luar bandar? Seorang pengusaha tembikar atau lain-lain barangan yang antik?

Dan macam-macam lagi bentuk perniagaan yang anda boleh fikirkan tetapi masih tercari-cari satu 'solution' atau penyelesaian terhadap masalah pengiklanan SMS merupakan jawapan kepada masalah itu walaupun ia tidak menjanjikan keuntungan kepada perniagaan anda malah, tiada satu pun kaedah pemasaran dalam dunia ini boleh menjanjikan keuntungan berlipat ganda, tetapi apa yang pasti, pengiklanan melalui SMS boleh menjanjikan satu pekara iaitu perniagaan anda akan mendapat pendedahan yang lebih meluas kepada mereka yang betul-betul berminat dan lebih kos efektif kepada perniagaan anda.
=============================================================================
Mengenai Penulis Artikel

Khairul Nizam adalah seorang Wakil/Ejen berdaftar bagi Mobile-Income dari Syarikat Business Integrated Resources Sdn Bhd yang berpusat di Taman Melawati. Syarikat ini adalah penyedia perkhidmatan pengiklanan SMS dengan modal serendah RM48.00 selama setahun, bersamaan dengan RM0.15 sehari. Untuk maklumat lanjut sila telefon atau SMS 016-3989075 atau layari www.mobile-income.com untuk penerangan lanjut.

Thursday, April 26, 2007

Dalam Perancangan

Bertemu kembali, kali ini saya akan menceritakan projek terbaru saya. Setelah saya mengenal semula diri saya dan telah mengalami proses muhasabah diri, kini saya lebih bersemangat untuk meneruskan perniagaan internet.

Inilah tekad saya. Saya mahu berjaya seperti tokoh-tokoh perniagaan internet yang lain.

Sebenarnya saya sedang berusaha untuk mendapatkan sedikit ulasan ataupun topik ringkas yang di tulis oleh tokoh-tokoh perniagaan internet di negara kita khusus untuk laman blog ini. Saya harap anda sentiasa mengikuti laman blog ini dan nantikan mesej istimewa yang bakal saya paparkan di laman ini daripada tokoh-tokoh usahawan internet berjaya di negara kita.

Sebagai penutup, renungilah kata-kata ini untuk menaikkan semangat anda di dalam usaha untuk bergelar usahawan internet berjaya!


Internet businesses are cheaper than you could ever imagine and they are a great set of training wheels for the new work at home entrepreneur. A few years ago growing a business this way was both pricey and time consuming, but today you can start an internet business for less than $20 and a few hours of your time.

This is the time for you to change your life with internet business oppoturnity. Do it and you will get it.

Iklankan Perniagaan Anda Secara Percuma!



Kali ini saya akan membincangkan mengenai kaedah yang kita boleh ambil untuk mengiklankan produk kita secara percuma. Sebenarnya terdapat iklan yang harus kita bayar dan ada yang percuma. Setelah saya membuat kajian, saya tertarik dengan satu artikel di internet mengenai pengiklanan percuma ini. Walaupun percuma ianya masih mampu memberikan impak terhadap perniagaan internet kita.

Di bawah ini saya sertakan artikel yang menarik. Semoga anda semua mendapat manfaat daripada artikel ini...



Submit Your Classified Ads For Free

Author: Rick Tanzo

There are hundreds, nay thousands, of classified ad submission sites on the Net. The purpose of this article is to provide a no-nonsense guide to submitting your ads to the best sites, for free.


The best part of being a web site owner, or being a webmaster, is the ability to publish on the web your latest offering. You can do this for Free - and with remarkable results - by following the simple steps described in this article.


You can publish your ads through a number of means. One is by manually submitting your ads. Another is by using a free submission program. Still another is using some free submission software.


You can acess the free ads submission sites, or demo programs, by doing a Google. (Or you can email me for my suggestions).


One of the most daunting tasks of an Internet-based entrepreneur is to find high traffic classified ad sites to post your ads.


Your goal should be to increase your web site traffic as a result of your ads posting.


The problem is made more difficult by the mushrooming of free classified ad web sites on the Net. Which sites among the hundreds, nay thousands, to submit your ads and links?


The purpose of this article is first, to provide a no-nonsense guide to web site owners and webmasters as to the best places on the web to submit your ads and URLs. Second, this article gives a fair warning to all and sundry to be very careful about buying ad submission services and programs.


As for the scam submission services and fake submission software, there is a warning in Latin that says, "Caveat Emptor," or let the buyer beware. You have to do your own due diligence to outsmart sellers of lemon submission services and unworkable submission programs.


Some of these ineffective submission services and software are aggressively being promoted on the web. You should therefore be wary of taking a bite on these services and programs.


As an example, sometime last year, one of these inferior submission programs was advertised on the website of a leading internet marketer. So many words were said about the product. And yet so negligible were the results.


Your task is to find honest-to-goodness ad submission sites. The web sites that are getting higher traffic - using Alexa and Gooogle PageRank as traffice measure - should not be overlooked. You will still get hundreds of high traffice ad submission sites, and your problem is where to submit your ads, among the thousands out there? As they say, it's like looking for a needle in a haystack.


With due diligence and research, however, you can locate these better classified ad sites. These are noteworthy web sites to submit your classified ads and URLs for free.


The answer is surely a good research. If you cannot do a research of your own, you can find some other people who have done good research on the subject and who can give you tips on where to submit your ads.


On my part, I have done some research of my own, and I would like to share this with you. Some of the sites I have discovered are featured in my website at www.internetmarketinglearningcenter.com/classified-ads.html.


Submitting your ads to a few but highly visited ad sites will spell a difference in your profit position. I suggest using a different email address for your ads submission.


You will find below a listing of various web sites where you can place your ads for free. These sites stand high among the rest.


1second.com/freead.htm
5starads.com
Ablewise.com
Adpost.com
Adtrackclassifieds.com
Adv-marketing.com
Appearfirst.com
Free-world-classifieds.com
Bestmall.com
Bravenet.com
Buysell-classifieds.com
Classifiedclub.com
Classifiedsforfree.com
Cgispy.com
Craigslist.org
Entertheweb.com
Freeadvertisingforum.com
Free-world-classifieds.com
Getyourstuff.org
Inetgiant.com
Intheworld.com
Netterweb.com
OneIndia.com
Ozemedia.com
Pageland.com
Adanad.com
Adlandpro.com
Asianclassified.com
Classifiedscentral.com
Free-online-ads.com
Greekads.com
Inetgiant.com
LAclass.com
Malebits.com
Marketingresource.com
Myebizpage.com
Netnickel.com


A complete listing of free ads submission sites is available at http://www.internetmarketinglearningcenter.com/classified-ads.html


Good luck to your ad posting!




Rick Tanzo enjoins you to constantly strive to make money on the internet. Visit his site at http://www.make-money-from-adsense.com/ for more tips on the subject.

Wednesday, April 25, 2007

Bolehkah Kita?

Bolehkah kita mencapai objektif yang telah kita tetapkan di dalam perniagaan internet? Sudahkah kita memperolehi pulangan yang diharapkan?

Sebenarnya semua ini bergantung kepada diri kita sendiri. Seperti yang saya ceritakan semalam, motivasi diri adalah penting untuk kita meneruskan apa yang dirancang.

Marilah kita renungkan lirik lagu ini dan untuk pengetahuan anda lagu inilah yang sering saya nyanyikan untuk menaikkan kembali semangat saya....

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Tuesday, April 24, 2007

Skim pelaburan internet....(kaya VS sengsara)

HARAM!

Itulah jawapan kepada skim pelaburan yang paling popular dan glamour pada abad ini.

Berapa ramai yang telah mendapat keuntungan dan berapa ramai juga yang telah menderita akibat program seumpama ini. Mengapa ini terjadi? Mengapa ada orang terus mempercayai program sedemikian?

Sebenarnya program ini wujud kerana WANG!!!

Manusia-manusia tamak dan rakus mula memikirkan idea bagaimana untuk memperolehi wang dengan cara yang mudah. Ya, Mudah!!! Mengapa? Kerana begitu ramai orang yang mudah terpengaruh dengan hanya satu muka laman web sahaja terus memberi si penyangak ini wang!

Untuk mengelakkan kita dari di tipu, kita harus realistik. Kita juga haruslah dibekalkan dengan sedikit ilmu pelaburan dan ilmu mengelakkan diri dari jadi mangsa tipu!

Cuba anda bayangkan, logikkah satu pelaburan yang menawarkan keuntungan yang berlipat kali ganda daripada wang pokok yang kita laburkan? Apakah perniagaan sebenarnya yang mereka lakukan sehingga mereka boleh memyar keuntungan sebanyak itu? Adakah mereka setaraf Bill Gate atau pun Donald Trump? Hanya mereka yang tahu...

Jika anda salah seorang dari pelabur yang masih menaruh harapan ataupun masih meneruskan pelaburan gelap ini, nasihat saya hentikan, tiada faedahnya.... Kerugian pasti menjelma juga....

sekian sahaja untuk renungan anda...

Motivasikan diri anda untuk maju

Bertemu kembali. Harap maaf atas kegagalan saya untuk mengemaskini laman ini.

Baiklah topik kita pada hari ini adalah Motivasi Diri.

Saya yakin anda semua pasti setuju jika saya katakan jika sesuatu yang kita lakukan menemui kegagalan atau jalan buntu, kia pasti kecewa dan mungkin terus meninggalkana apa yang sedang kita usahakan...

Sebenarnya perkara ini berlaku terhadap diri saya sendiri. Saya kehilanagn fokus di dalam menjalankan perniagaan internet saya. Produk saya tidak mendapat sambutan. Saya begitu kecewa dan saya telahpun berputus asa. Saya langsung tidak membuat apa-apa tindakan untuk mengembalikan kecemerlangan perniagaan saya. Apa yang sedang saya rancang pun saya tinggalkan dan apa yang sedang saya lakukan (menulis ebook dan membuat CD Interaktif) juga saya buang jauh daripada hidup saya.

Itulah kesilapan besar yang telah saya lakukan....

Entah bagaimana sejak kebelakangan ini saya terfikir untuk mengenali semula diri saya. Puas saya menyelami dan mengenali siapa saya sebenarnya. Kini saya telahpun menemui semula diri saya.... Dengan erti kata lain, kini saya telahpun bangkit dari dunia gelap saya....

Saya harus maju ke hadapan dan terus maju demi masa depan saya dan keluarga saya. Apa yang harus saya lakukan untuk mengekalkan momentum ini, saya harus terus memotivasikan diri saya sendiri....

Di harap anda dapat sedikit pelajaran dari topik hari ini. Anda boleh lihat topik perbincangan yang lalu di bahagaian archive. Semoga laman ini terus berguna dan memberi informasi kepada anda....