Monday, August 28, 2006

Nantikan kemunculannya....

Akhirnya, saya berjaya juga untuk menghasilkan produk terbaru saya. Bukan satu tetapi dua..

Untuk makluman anda semua, kini saya sedang menyiapkan 2 produk yang akan menemui anda selewat-lewatnya pada pertengahan atau hujung bulan hadapan. Sebenarnya telah lama saya mengusahakan projek ini tetapi saya terlalu sibuk dan masa amat mencemburui saya. Walaubagaimanapun, saya bertekad untuk menghasilkannya walaupun mengambil masa yang agak lama. Bagi saya tidak perlulah saya terburu-buru untuk menyiapkannya tetapi tidak berkualiti. Biarlah lambat asalkan ia nya berkualiti dan dihargai oelh pelanggan saya.

Mungkin anda ingin tahu apakah produk yang bakal saya hasilkan. Sebenarnya saya telahpun memberitahu mengenai perkara ini di dalam tulisan saya yang lepas. Saya sedang menghasilkan sebuah ebook yang berunsurkan panduan dan ilmu pengetahuan. Tajuknya, biarlah rahsia...

nantikan kehadirannya.

Teruslah menyokong saya....

Sunday, August 27, 2006

Aktifkan dirimu

Selamat sejahtera,
Setelah sekian lama saya tidak menulis di ruangan ini nampaknya.
Sebenarnya saya amat sibuk buat masa ini. Nampaknya perjalanan perniagaan internet saya semakin berkembang dan keuntungan semakin meningkat.
Walaubagaimanapun, saya menghadapi perkara yang paling menduga perjalanan perniagaan saya. Komputer saya tidak dapat berfungsi. Seminggu juga semua kerja-kerja saya terbengkalai. Nasib baik semua pelanggan saya tidak merungut dan tidak meletak negatif feedback terhadap saya. Pada masa itu terdapat kira-kira 5 orang pelanggan sedang menunggu barangan yang dipesan. Saya tidak dapat melakukannya kerana kesemuanya terdapat di dalam komputer saya.
Kini semuanya telah kembli seperti biasa dan saya harap ianya tidak akan berlaku lagi.
Kepada anda semua, jangan lupa untuk terus menyoklong saya dan nantikan produk terbaru saya yang akan saya lancarkan tidak lama lagi. Saya akan membincangkan mengenainya di dalam keluaran akan datang.

Sunday, August 06, 2006

Mengapa eBay?

Bertemu kembali,

Kenapa saya memilih eBay sebagai tapak jualan saya?
Apakah keistimewaan eBay di mata saya?
Untungkah saya?

Kali ini saya akan merungkaikan kepada anda semua mengapa saya memilh eBay sebagai medium pemasaran yang utama. Sebagai usahawan internet, kita harus mempunyai medium jualan yang pelbagai. Secara ringkas mengapa eBay menjadi pilihan saya adalah seperti berikut...

  • eBay merupakan satu enama yang dikenali seluruh dunia- Kita boleh menggunakannya sebagai gahan yang paling efektif untuk mengetengahkan produk kita.
  • Kita boleh menjual di eBay Malaysia secara percuma.
  • Mengurangkan masa dan kos untuk promosi - kebanyakkan bakal pelawat di ebay sedia untuk ditukar menjadi pelanggan kita
  • Boleh dilakukan secara automatik- terdapat banyak perisian disediakan untuk menguruskan perniagaan kita di ebay.
  • Sebagai medan untuk menguasai pasaran antarabangsa. Dengan sistem bayaran yang diterima pakai seluruh dunia (paypal) memudahkan urusniaga kita
  • Mempunyai sokongan 'cusomer service' yang hebat.
  • Sistem feedback yang amat membantu kita. Ia bertindak sebagai testimoni dari pelanggan kita. Pelawat biasanya lebih yakin dengan penjual yang mempunyai reputasi yang bagus di eBay.

Ini adalah sebahagian daripada sebab mengapa saya memilih eBay. Saya harap anda semua mendapt informasi berguna daripada laman blog ini. Teruskan melawat laman ini kerana ianya penuh dengan informasi yang boleh dikongsi bersama

sila lawati gedung jualan saya di ebay di http://www.ebay.com.my/listResults?browse=0&SellerId=mjkhir

Saya amat mengalu-alukan komen dan pandangan dari anda semua. Sekiranya nda ingin bertukar-tukar link, sila email saya di mjkmulti@yahoo.com.my . sehingga bertemu lagi.