Monday, November 27, 2006

Bolehkah kita kaya dengan menulis?

Boleh ke?

Jawapan saya BOLEH dan TIDAK !!

Ianya bergantung kepada diri kita sama ada kita menginginkan apa yang kita tulis dibayar ataupun hanya untuk suka-suka.

Bagaimana untuk mendapatkan bayaran daripada penulisan kita?

Sebenarnya ada banyak cara kita boleh mendapat wang hanya dari penulisan. Saya akan memberi sedikit cara bagaimana menulis di internet dapat memberi pulangan kepada kita.

  • Menulis ebook anda sendiri dan jual. Anda boleh menulis apa sahaja mengenai perkara yang anda pakar atau mahir.
  • Menghantar artikel ke laman yang mengumpul artikel di internet. Cara ini lebih kepada promosi laman web anda dan diri anda.
  • Membuat sales letter yang power! sudah pasti laman web anda dapat menarik dan menawan hati pelawat anda.
  • Anda boleh membuka satu blog khusus berkaitan perniagaan anda. Segala apa yang ditulis anda di dalam blog itu merupakan salah satu cara untuk memujuk pelawat anda untuk menjadi pelanggan anda.
  • Menulis dengan baik di dalam forum yang anda sertai dapat melonjakkan nama anda di dalam forum tersebut. Tulis dengan baik mengenai topik yang anda tulis, dan percayalah anda akan mendapat pelawat baru ke laman web anda.

Demikian merupakan sedikit tips buat anda hari ini jangan lupa untuk mendapatkan panduan berguna di laman ini. Terus setia bersama saya.

Kini Berwajah Baru

Dengan bangganya saya mengumumkan bahawa kini lamanputera telah berwajah baru.

Setelah beberapa percubaan, akhirnya inilah rupa bentuk terakhir lamanputera.

Terima kasih di atas sokongan yang anda berikan. Tanpa anda tidak mungkin laman ini terus hidup. Dan selagi anda memberi sokongan kepada laman ini, saya akan memuatkan laman ini dengan segala info mengenai perniagaan internet.

Anda boleh mendapat pelbagai info dan ilmu percuma berkaitan perniagaan internet di laman ini. Bersesuaian dengan Moto laman ini untuk menjadikan lebih ramai usahawan internet Melayu, saya akan memastikan anda mendapat segala yang diperlukan untuk ke arah yang dituju.

Jika anda ingin bertukar link dengan laman ini anda boleh berbuat demikian dengan hubungi saya melalui email di mjkmulti@yahoo.com.my

Friday, November 24, 2006

Mari kita jadi James Bond....

Apa jadi James Bond? Kenapa?

Tak yah jadi James Bond, hanya perlu jadi Penyiasat Persendirian aje.

Untuk apa?

Untuk mengintip laman web pesaing kita. Ini amat penting untuk mendapatkan maklumat dan rahsia perniagaan mereka.

Sebenarnya inilah kelebihan untuk kita jika melakukan perniagaan melalui internet. Kita bebas untuk meninjau dan masuk ke dalam kedai pesaing kita. Jika di alam realiti mana mungkin Cik Bedah yang menjual nasi lemak di tepi simpang rumahnya mengintip dan membeli nasi lemak yang dijual oleh Cik Tipah di depan sekolah itu. Cik Bedah terpaksa mengupah orang lain untuk menjalankan misinya iaitu untuk mengetahui rahsia perniagaan Cik Tipah.

Berikut adalah antara perkara yang dapat kita cungkil setelah menjadi pengintip persendirian:
  • Dapat menilai kelebihan dan kekurangan perniagaan kita
  • Dapat mengetahui rahsia perniagaan pesaing kita
  • Memperbaiki strategi perniagaan setelah membuat perbandingan
  • Membuat promosi lebih dari pesaing kita
  • Dapat menilai bagaimana proses belian dan jualan pesaing anda (jika boleh anda perlu menjadi pelanggan mereka untuk mendapatkan rahsia besar ini)
  • Jika anda melanggan ezine keluaran pesaing anda, ini adalah jalan terbaik untuk merndapatkan maklumat terkini mengenai perniagaan mereka.
  • Mengenal pasti sumber dan dari mana laman pesaing anda mendapat pelanggan. Dari mana pelanggan mereka dapa tahu mengenai laman mereka
  • dan banyak lagi...

Jadi apa tunggu lagi, jalankan misi anda sekarang.

Ingat!! Anda juga sedang diintip oleh pesaing anda!!!! Susun strategi anda. Pastikan kejayaan milik anda.

Stormpay ? Mari berkenalan



Apa itu Stormpay?

Stormpay adalah sebuah syarikat pemproses bayaran seperti paypal dan egold. Anda boleh menggunakan Stormpay umuk menerima bayaran daripada pelanggan anda yang menggunakan kad kredit.

Kenapa saya menggunakan stormpay?

Ada banyak sebab mengapa saya menggunakan stormpay. Antaranya ialah:


  • Kita boleh menerima bayaran daripada pembeli dan dalam USD dan boleh mengeluarkannya. Stormpay akan mengeluarkan cek di atas nama kita
  • Caj yang dikenakan amat murah - serendah USD 1 utk mengeluarkan wang.
  • Menyediakan tempat lelongan percuma (agak menarik perhatian saya untuk melebarkan sayap!)
  • Peluang untuk menyertai program affiliate
  • Banyak lagi sebab yang sukar untuk saya gambarkan

untuk keterangan lanjut, sila layari laman web mereka di http://www.stormpay.com/?2666800







Tuesday, November 21, 2006

eBay.com.my - Di mana untuk bermula?


Di sinilah tempat saya bermula, dengan melelong!!! Lelong!!! Lelong!!! .

Di sinilah tempat saya mengenali dunia perniagaan internet. Kini sudah hampir setahun saya menjalankan perniagaan saya di eBay. Setakat ini, sambutan yang saya terima amatlah menggalakkan. Terima kasih eBay kerana menyediakan tempat untuk saya menambah pendapatan dan menjana idea perniagaan baru.


Anda juga boleh mula berniaga di sana seperti saya. Apa yang anda harus buat untuk mula menjadikan eBay sebagai satu sumber untuk menambah pendapatan anda. Sekiranya anda mempunyai produk yang ingin di jual, anda bolehlah mendaftar dan seterusnya mulakan perniagaan anda di sana.

Di sini saya sertakan sedikit panduan untuk anda yang berminat untuk mula menjana pendapatan melaui ebay.com.my (eBay Malaysia).

  1. Mulakan dengan proses pendaftaran. Anda boleh mendaftar di http://www.ebay.com.my
  2. Setelah anda mendaftar, anda boleh melihat barangan yang dijual di sana (untuk mempelajari cara dan teknik jualan yang dilakukan)
  3. Anda boleh mencuba membeli sesuatu produk (untuk mempelajari proses pembelian, pembayaran, penerimaan, penghantaran dan proses komunikasi). Saya nasihatkan agar anda mencuba membeli sesuatu barang yang murah dahulu dan dari penjual yang mempunyai feedback @ rating yang banyak (untuk memastikan anda tidak tertipu, maklumlah orang baru). Sebagai contoh anda boleh melawat gedung eBay saya untuk mendapatkan pelbagai barangan dengan harga yang murah (ebook). klik di sini untuk ke gedung eBay saya
  4. Setelah anda membuat pembayaran, tunggu untuk mendapatkan barangan anda. Setelah mendapat barangan anda, anda bolehlah menulis feedback untuk penjual tersebut. Pihak penjual juga akan berbuat demikian. Ini akan meningkatkan rating anda (ikut warna bintang) Ianya penting untuk membina kredibiliti anda di eBay.
  5. Setelah anda faham selok belok perniagaan di eBay, maka anda bolehlah memulakan sejarah baru dalam hidup anda dengan menjual di eBay. Gunakan teknik dan taktik yang anda lihat dan pelajari semasa anda melihat barang-barang yang diiklnkan oleh penjual.
  6. Kesabaran amatlah penting apabila anda berniaga di eBay. Jangan mudah mengalah sekiranya barang yang anda iklankan tidak dapat menarik sebarang jualan. KAJI kelemahan anda dan perbaiki. Dengan kesabaran, kejayan pasti milik anda.

Setakat ini sahaja tips yang dapat saya berikan buat kali ini. Saya akan menulis lagi mengenai eBay di artikel yang akan datang. Terima kasih atas sokongan anda terhadap laman ini. Teruskan menyokong saya untuk mendapatkan panduan perniagaan internet secara percuma dan anda dapat mengikuti perkembangan perniagaan saya.

Sunday, November 19, 2006

Anda ingin jadi jutawan? Ada 11 hari lagi utuk anda bergelar jutawan


Adakah anda menyimpan impian untuk memiliki RM 1 juta ringgit? Pernahkah anda bayangkan apa yang boleh anda lakukan sekiranya memperolehi wang sebanyak itu?

Kini mimpi anda mungkin menjadi kenyataan. Hanya ada lebih kurang 11 hari lagi untuk anda mendapatkannya. Anda boleh merealisasikan impian anda.

Ada sebuah syarikat gergasi bermurah hati untuk memberikan kita peluang mendapatkan RM 1 juta ringgit.

Bagaimana caranya?

Anda hanya perlu layari laman fromyourhome.blogspot.com . Saya meletakkan maklumat bagaimana untuk mendapatkan wang sebanyak itu di sana.

Jadi apa tunggu lagi, bertindaklah sekarang!!! Anda mampu mengubah kehidupan anda

sila klik di sini untuk kelaman web fromyourhome.blogspot.com

Saturday, November 18, 2006

Tampilkan diri anda...





Tampilkan diri anda. Anda perlu hebohkan kedatangan anda ke alam maya ini.

Amat penting untuk dikenali di dunia internet sekiranya anda inginkan orang ramai melawat laman web anda. Semakin ramai pelawat berkunjung ke laman web anda, semakin tinggi peluang anda untuk mendapatkan pelanggan.

Bagaimana untuk melakukannya? ada banyak cara boleh anda lakukan untuk menjadikan lawan web anda dikenali dan anda dapat menjual produk anda kepada pelawat laman web anda.

Berikut saya sediakan beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk menarik pelawat ke laman web anda. Antaranya ialah:-

  • Senaraikan laman anda ke dalam enjin carian.
  • Bertukar-tukar link dengan laman web yang lain
  • Masukkan alamat laman web anda di dalam tandatangan digital email anda
  • Menyertai forum-forum berkaitan dengan aktif
  • Iklankan laman anda dan perkhidmatan anda
  • Promosikan laman anda secara ofline (Business card, akhbar, majalah, sms dll)
  • Menulis artikel -artikel berkaitan perniagaan anda.

Kini saya memberi peluang untuk anda memperkenalkan diri anda kepada dunia perniagaan internet dengan menulis artikel. Sekiranya anda pandai menulis artikel di dalam bahasa Inggeris mengenai perniagaan internet, anda bolehlah menghantarkan artikel anda kepada saya melalui email di mjkmulti@yahoo.com.my. Lampirkan juga sedikit penerangan mengenai anda dan perniagaan anda di dalam email tersebut.

Sekiranya bersesuaian, ianya akan dimuatkan ke dalam blog saya di fromyourhome.blogspot.com. Dengan cara ini ianya dapat menambahkan bilangan pelawat ke laman web anda. Jadi apa tunggu lagi, hantar artikel anda sekarang...

"Untuk mendapatkan maklumat mengenai internet busines- work from home, klik di sini"

Ada apa dengan nama?



Ada apa dengan nama? pelik benar bunyi topik kita kali ini.

Tahukah anda bahawa nama memainkan peranan penting dalam kehidupan?

Ibu bapa kita dahulu puas berfikir untuk memberi kita nama yang terbaik dan tersedap. percaya tak?

JIka kita ingin mempunyai nama yang sedap, begitu juga perniagaan kita. Dengan nama yang sesuai dan mudah diingati, ianya dapat membantu bakal pelanggan anda mengingati laman web anda.

Ada banyak pendapat mengenai nama domain atau nama pengenalan anda di laman web.

Pandangan saya antara perkara yang perlu diambil perhatian untuk memilih nama domain adalah seperti berikut:
  • Gunakan nama yang ringkas tetapi ada umphhh...
  • Tidak mengelirukan pelawat - senang untuk ditaip dan dieja.
  • Menarik dan sedap bunyinya
  • Berkaitan dengan perniagaan kita

Untuk pengatahuan anda, domain name lamanputera.blogspot.com juga akan ditukarkan tidak lama lagi kerana lamanputera kini telahpun menjadi laman pilihan anda semua. Saya harap dengan penggunaan domain name baru tidak lama lagi, saya dapat meningkatkan lagi bilangan pelawat ke laman ini.

Kini anda boleh mendapatkan nama domain .com pada harga serendah RM 35 setahun. Amat murah. Tak hairanlah jika budak sekolah rendah di Amerikapun mampu mempunyai nama domain sendiri (kerana harga untuk mendapatkan domain name di sana serendah USD 6 sahaja)

Apa tunggu lagi, serlahkan keprofesionalan anda dengan nama yang berprestij.

"Untuk mendapatkan nama domain dengan harga termurah, klik sini"

Klik di sini untuk membaca artikel mengenai internet home based business

Friday, November 17, 2006

Penuhkan ilmu perniagaan internet.


Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Pepatah ini memang benar.

Sekiranya anda mengimpikan untuk hidup senang dan ingin mengubah taraf hidup anda, anda haruslah berusaha untuk mendapatkannya. Saya pasti ramai di antara anda telahpun ataupun ingin menjadikan internet sebagai sumber menambah pendapatan anda.

Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk membina kekayaan dengan cara ini. Tanpa cara yang betul saya yakin usaha anda menjadi sia-sia. Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk berjaya, kita haruslah mempunyai pengetahuan yang meluas tentang apa yang kita usahakan.

Untuk menjadi usahawan internet berjaya, kita haruslah menguasai pelbagai kemahiran perniagaan internet. Anda mesti rajin untuk membuat rujukan dan penyelidikan untuk menambah pengetahuan anda dan untuk mengikuti perkembangan semasa seperti teknologi terkini, trend perniagaan terbaru, peluang perniagaan baru dan sebagainya.

Jika anda terus bersama saya, tahniah! anda berada di landasan yang betul kerana saya akan berkongsi segala ilmu yang saya ada (tak banyak, sikit aje). Saya juga ada menyediakan satu laman khusus khas mengandungi artikel-artikel terpilih dalam bahasa Inggeris mengenai perniagaan internet (online business, work from home, internet home business dan lain-lain lagi).

Di dalam laman blog terbaru saya ini mengandungi pelbagai tips-tip serta panduan ringkas yang saya petik daripada artikel-artikel yang saya baca di internet. Saya merasakan artikel-artikel tersebut amat berguna dan ianya boleh membantu kita untuk mencapai kejayaan di dalam perniagaan internet.

Why I'm writing my new blog in english?

Mudah sahaja. antara sebabnya ialah:

1. Untuk memahirkan penguasaan bahasa inggeris kita. Banyak kelebihannya jika menguasai bahasa dunia ni.

2. Untuk menambahkan atau pelbagaikan ilmu. Tidak dinafikan negara kita telah melahirkan ramai usahawan internet yang berjaya. Tetapi mereka di negara maju telah lama menjadikan internet sebagai sumber rezeki mereka. Tidak salah rasanya untuk kita mempelajari sesuatu dari mereka


Anda boleh melayari laman blog terbaru saya di http://fromyourhome.blogspot.com

Semoga anda terus bersama saya dan selamat berkunjung kelaman blog terbaru saya. Pelbagai artikel menarik, ringkas dan pelbagai informasi menanti anda di sana.

klik di sini untuk melawat laman baru saya

Thursday, November 16, 2006

Cara pembayaran penyumbang keberkesanan perniagaan internet


Selamat sejahtera. Izinkan saya berkongsi satu lagi tips yang menyumbang keuntungan kepada perniagaan internet anda. Cara pembayaran adalah topik saya pada kali ini.

Untuk makluman semua, cara pembayaran memainkan peranan penting di dalam perniagaan online. Dengan cara pembayaran yang sesuai, ianya dapat memudahkan bakal pelanggan kita untuk membuat belian dan apa lagi keuntungan sudah pasti menjadi milik kita.

Bagaimana untuk memilih kaedah pembayaran terbaik untuk perniagaan kita? Di sini saya ada beberapa tip yang boleh membantu anda. Sebelum saya memberikan tip-tip tersebut, ingin saya senaraikan kaedah pembayaran yang boleh kita gunakan. Antaranya ialah:

*Kad kredit

*Menggunakan perbankan internet seperti maybank2u, bank islam dll
*Bank-in ke dalam akaun
*Cek, Wang pos & bank draf
*Menggunakan akaun maya seperti paypal, egold, stormpay dll



Sekarang saya akan huraikan satu persatu kaedah yang saya senaraikan di atas.

1. Kad kredit

Penggunaan pembayaran menggunakan kad kredit amat meluas ketika ini. Kita boleh menerima bayaran menggunakan kad kredit dengan menggunakan pihak pemprosesan kad kredit (Third Party Credit Card Processor). Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini seperti Paypal, 2checkout.com, clickbank dan lain-lain. Mereka akan mengenakan yuran tertentu dan lain-lain bayaran.

Sekiranya harga produk atau servis yang anda tawarkan agak tinggi, maka berbaloilah dan sesuai anda menggunakan perkhidmatan ini. Saya nasihatkan kepada anda yang menumpukan pasaran untuk dalam negara kita sahaja dan produknya boleh didapati dengan harga yang rendah maka tidak perlulah anda membuang duit untuk menyediakan perkhidmatan ini.


2. Perbankan internet

Negara kita telahpun berkembang pesat di dalam bidang perbankan internet. Boleh dikatakan rata-rata mereka yang melayari laman web untuk membeli sesuatu adalah pelanggan perbankan internet. Cara ini lebih mudah , murah dan sesuai untuk mereka yang menumpukan pasaran hanya untuk dalam negara sahaja. CEPAT! Itulah yang saya suka mengenai perbankan internet. Pelanggan anda hanya perlu log on ke laman web perbankan mereka dan dengan satu transaksi sahaja RM akan di pindahkan TERUS ke akaun anda. Saya amat menyukainya.


3. Bank-in ke akaun (cash deposit)

Cara ini membuatkan pelanggan anda terpaksa pergi ke bank untuk membuat bayaran. Ingat, pelanggan kita tidak mahu bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu, sebab itu mereka membeli menggunakan internet. Ini akan menyukarkan proses pembelian dan pembayaran. Setelah pembayaran dibuat, pelanggan terpaksa pula mengimbas resit bayaran ataupun faks kan bukti pembayaran kepada kita. SUSAH!!!! Lebih baik jangan guna kaedah ini, kalau guna juga saya gerenti pelanggan akan cabut lari…..


4. Cek, Wang pos & Bank draf

Cara ini sudah tidak praktikal lagi pada masa kini. Ianya telah ketinggalan zaman. Jika anda adalah ushawan jenis ‘mail order’ maka ia sesuailah untuk anda. Jika anda peniaga ataupun usahawan online maka cara ini langsung tidajk digalakkan. LAMBAT… satu proses yang agak panjang. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan cara ini sebagai pilihan bayaran yang terakhir.


5. Menggunakan akaun maya seperti paypal, egold, stormpay dll

Anda pasti arif dan tahu apa itu paypal, egold autupun lain-lain nama syarikat yang menawarkan akaun maya secara online. Kita boleh menggunakan cara ini dalam perniagaan kita. Pada masa kini juga saya kira semua rakyat Malaysia tahu bagaimana untuk mengeluarkan wang dari paypal. Kalau tak tahu, anda boleh baca cara mengeluarkannya yang ditulis oleh seorang usahawan internet bumiputra negara kita. AMAT MUDAH, TETAPI, bukan semua bakal pelanggan anda mempunyai akaun maya seperti di atas. Anda juga harus ingat mereke juga mengenakan sedikit bayaran atas perkhidmatan yang mereka tawarkan.


Saya syorkan anda memberi pilihan kepada pelanggan anda cara untuk membuat pembayaran. Gabungan 2 atau 3 jenis cara penerimaan pembayaran amatlah digalakkan dan bergantung pada jenis perniagaan dan produk yang anda tawarkan. Fikir-fikirkan…tepuk keyboard tanya poket……..

Tuesday, November 14, 2006

Kawal kos perniagaan internet anda...

Untuk mendapatkan ilmu mengenai ICT sila lawari laman: http://guruict.wordpress.com



Hari ini saya ingin bercerita mengenai kepentingan mengawal perbelanjaan perniagaan internet kita. Ianya amat penting untuk memastikan semua yang kita buat tidak sia-sia dan mendatangkan hasil serta dapat memenuhkan poket kita....

Suka saya sarankan kepada anda yang baru berkecimpung di dalam dunia perniagaan internet ini, supaya memulakan perniagaan dengan kos yang paling minima. Cubalah cari idea ataupun cara untuk menjalankan perniagaan online anda tanpa perlu mengeluarkan modal yang terlalu banyak. Setelah anda mahir dan tahu tentang selok belok perniagaan yang anda lakukan maka anda bolehlah mengorak langkah seterusnya untuk mengembangkan perniagaan anda.

Janganlah terburu-buru untuk memulakan sesuatu perniagaan secara besar-besaran sedangkan kita tidak tahu reaksi ataupun respon orang ramai terjadap produk atau servis yang kita tawarkan. Ini dapat mengelakkan kerugian yang akhirnya membelenggu kehidupan anda.

Izinkan saya membawa anda untuk menghayati cerita ini untuk mendapat gambaran mengenai pentingnya mengawal kos perbelanjaan dalam perniagaan. Ceritanya lebih kurang begini...

Alkisah... di satu kota terdapat seorang insan yang ingin menjadi usahawan berjaya yang bernama Saipul (bukan nama sebenar). Beliau amat suka menceburi bidang perniagaan sejak dari bangku sekolah lagi. Oleh kerana semangat keusahawanan beliau meluap-luap, maka selepas habis persekolahannya dia merancang untuk membuka sebuah kedai makan. Maka Saipul mula memasang impian untuk bergelar jutawan kedai makan suatu hari nanti.

Bagi merealisasikan impiannya, Saipul mengambil langkah bijak dengan bekerja di sebuah gerai makan berhampiran tempat tinggalnya. Di kedai makan itu, beliau membuat semua kerja yang diamanahkan kepadanya. Disebabkan beliau ingin mencari pengalaman, maka dengan rela hati beliau menjalankan tugas hariannya, dari menyapu sampah, melayan pelanggan, mencuci pinggan, buat air, memasak dan tukang kira, semua dia sapu bersih. Pendek kata setelah 6 bulan beliau bekerja di warung tersebut, beliau dapat menguasai semua tugas dengan baik.

Saipul mula merasa teruja setelah beliau merasakan tidak susah untuk membuka sebuah kedai makan. Warung Pak Maon yang terletak di tepi longkang besar dekat pasar pekan X itu mampu mengaut keuntungan lebih dari RM15 ribu sebulan. Patutlah Pak Maon amat kaya dan tak hairanlah jika beliau mempunyai 3 orang isteri. "Aku tak boleh tunggu lagi, aku mesti jadi kaya jugak. Lagi kaya dari Pak Maon!!!" Itulah tekad budak Saipul ni.

Oleh sebab beliau ingin menjadi lebih kaya dari Pak Maon (Tauke warung buruk), Saipul ingin membuka sebuah kedai makan yang lebih besar. Beliau ingin membuka sebuah kedai makan yang cantik dihiasi pemandangan dan konsep-konsep yang unik. Pada tanggapan Saipul, jika warung Pak Maon yang dah nak runtuh tu mampu mengaut keuntungan RM 15 ribu sebulan, kalau dia buka sebuah kedai makan eksklusif pasti keuntungannya berlipat kali ganda. Untuk merealisasikan impiannya, beliau dengan tidak berlengah lagi terus meminjam geran tanah pusaka orang tuanya untuk digadaikan (nak buat modal). Beliau nak sewa kedai batu di bangunan baru yang berada di pekan X.

Dipendekkan cerita setelah semuanya siap maka kini Saipul telahpun bergelar usahawan. Ternyata dia berbangga di hadapan restoran eksklusifnya (Beliau melaburkan lebih dari separuh modalnya untuk menyewa lot kedai, ubahsuai, peralatan dan sebagainya). Beliau tidak sabar lagi untuk bergelar jutawan muda di pekan X....


6 bulan kemudian....

Malangnya setelah hampir 6 bulan dibuka, kedai makan beliau tidak mendapat sambutan yang diharapkan. Entah apa sebabnya pun Saipul tak tahu. Warung Pak Maon pula masih seperti biasa, masih dikunjungi orang ramai. Ini memang menyedihkan hati seorang usahawan muda ini kerana beliau tidak mampu lagi yntuk menampung kos operasi yang tinggi.

Kesimpulannya, Pada bulan berikutnya Saipul terpaksa menutup perniagaannya dan menanggung hutang serta cacian dan makian dari orang tuanya (geran tanah mereka lebur!!!).

OK... sekarang mari kita kaji apakah kesilapan Saipul. Sebenarnya terlalu banyak kesalahan yang dilakukannya. Diantara kesalahan yang dilakukannya adalah:

  • Saipul patut mencuba melakukan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu.
  • Kaji dahulu kehendak pelanggan, apa yang mereka mahu
  • Saipul tidak mempunyai ilmu keusahawanan yang cukup untuk memulakan perniagaan secara besar-besaran. Beliau hanya mempunyai ilmu teknikal seperti bagaimana untuk mengurus sebuah warung sahaja.
  • Mungkin Saipul mempunyai sifat tamak yang akhirnya memakan dirinya sendiri. Pada anggapan beliau semakin besar joran yang di pakai, semakin besar ikan yang diperolehi tanpa mengira faktor lain untuk medapatkan ikan itu.

Begitulah alkisahnya. Saya harap anda mendapat iktibar dari cerita ini.

Monday, November 13, 2006

Apakah kelebihan testimoni pelanggan dalam perniagaan internet?

Hari ini saya ingin bercerita mengenai kepentingan sesuatu testimoni ataupun dalam bahasa mudahnya adalah pengakuan daripada pelanggan kita mengenai produk ataupun perkhidmatan yang kita jual. Mengapa saya katakan bahawa testimoni pelanggan amatlah penting di dalam sesutu perniagaan internet? Saya ada sebab saya sendiri untuk mempertahankan dakwaan saya itu. Antaranya adalah:-

  • Dapat membantu mempengaruhi bakal pelanggan kita untuk mendapatkan produk ataupun servis kita. Dengan testimoni yang telahpun ditulis oleh pelanggan kita, bakal pelanggan kita akan merasa lebih yakin dan semakin teruja untuk mendapatkannya.

  • Salah satu strategi pengiklanan yang berkesan. Kebanyakan laman web perniagaan internet samaada laman web tempatan mahupun antarabangsa juga mempunyai testimoni produk ataupun perkhidmatan mereka.

  • Dapat meningkatkan kredibiliti perniagaan kita sekiranya kita berjaya mendapatkan testimoni daripada seseorang yang berpengaruh seperti pakar usahawan internet, artis, tokoh politik, ahli sukan dan sesiapa sahaja yang menjadi tarikan ramai dan semestinya ianyaakan memberi impak positif terhadap perniagaan kita.

Seperti saya sendiri, saya amat menghargai testimoni yang ditulis oleh semua pelanggan saya di laman web eBay. Ianya amat membantu saya dalam meningkatkan lagi jualan. Semakin banyak testimoni ataupun 'positive feedback' yang ditulis oleh pelanggan saya, semakin tinggi kredibiliti saya di dalam laman web lelongan terbesar di dunia itu. Anda boleh saksikan sendiri contoh feedback yang saya terima di bawah ini.

http://www.ebay.com.my/fdbkProfile?UserId=mjkhir

Saya harap agar anda mendapat ilmu yang bermanfaat daripada laman blog ini. teruskan menyokong laman blog ini. Saya akan memenuhkan laman ini dengan segala ilmu perniagaan internet yang boleh kita kongsi bersama. Jumpa anda di puncak kejayaan

Sunday, November 12, 2006

Kembali menjual di ebay


Kini saya telah mula kembali menjual di laman lelong terkemuka di dunia iaitu eBay. Setelah bercuti sekian lama, kini saya mula beroperasi seperti biasa dan akan berlipat kali ganda lagi.

Walaubagaimanapun, tidak begitu banyak barang yang saya jual buat masa ini. Insya Allah akan saya tambah sedikit hari lagi. Terdapat banyak ebook dalam senarai saya menunggu masa untuk dijual, tetapi masa amat mencemburui saya. saya tidak mampu untuk melakukannya pada waktu ini. Teruskan sokongan anda terhadap laman blog ini dan anda pasti mengikuti perkembangan perniagaan saya.

Anda boleh lawati gedung eBay saya dengan mengklik pada link yang terdapat di bahagian kiri laman blog ini.

Sudah lama saya rasa saya tidak memberi apa-apa tips perniagaan internet kepada anda, pelwawat setia laman blog ini. Saya berjanji, akan memberikan sedikit tips pada tulisan saya yang akan datang. Semoga kita semua mendapat pengetahuan dan berjaya di lapangan perniagaan internet. Manalah tahu kita juga boleh menjadi jutawan internet seperti tokoh usahawan internet kita, Dr Irfan Khairi.

Saya juga ingin mempelawa kepada anda semua untuk bertukar-tukar link ataupun banner dengan saya. sekiranya terdapat sebarang persoalan, anda boleh hubungi saya melalui email di mjkmulti@yahoo.com.my .

Maklumat terkini


Ini adalah banner ringkas laman blog saya. Saya baru merekanya sebentar tadi. Bagaimanapun saya masih belum berpuashati dengan hasil saya ini. Saya akan perbaikinya lagi. Nantikan perubahannya.

Hari ni juga saya telah mengorak satu langkah lagi dengan membuka satu lagi blog baru yang membincangkan mengenai dunia ICT. anda boleh mendapat manfaat dari laman blog tersebut.


Terdapat pelbagai topik menarik yang bakal disajikan khusus untuk masyarakat Malaysia. silalah berkunjung ke laman beru tersebut di http://www.guruict.wordpress.com

Antara yang terdapat di dalam laman tersebut adalah:-

  • Ulasan laman web berguna
  • Perisian percuma
  • Laporan penemuan dunia it terkini
  • Ulasa perisian
  • Maklumat IT terkini
  • Segalanya berkaitan IT dan dunia siber

Selamat berkunjung...


Selamat Hari Raya


Saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengunjung laman blog ini.

Saya berharap agar selepas hari raya ini (setelah berehat agak lama), perniagaan internet saya bertambah baik dan saya juga berharap agar saya masih bertahan di arena perniagaan siber.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana masih mengikuti perkembangan blog ini walaupun ada ketikanya (selalunya) tidak dikemaskini....
terima kasih...