Monday, November 13, 2006

Apakah kelebihan testimoni pelanggan dalam perniagaan internet?

Hari ini saya ingin bercerita mengenai kepentingan sesuatu testimoni ataupun dalam bahasa mudahnya adalah pengakuan daripada pelanggan kita mengenai produk ataupun perkhidmatan yang kita jual. Mengapa saya katakan bahawa testimoni pelanggan amatlah penting di dalam sesutu perniagaan internet? Saya ada sebab saya sendiri untuk mempertahankan dakwaan saya itu. Antaranya adalah:-

  • Dapat membantu mempengaruhi bakal pelanggan kita untuk mendapatkan produk ataupun servis kita. Dengan testimoni yang telahpun ditulis oleh pelanggan kita, bakal pelanggan kita akan merasa lebih yakin dan semakin teruja untuk mendapatkannya.

  • Salah satu strategi pengiklanan yang berkesan. Kebanyakan laman web perniagaan internet samaada laman web tempatan mahupun antarabangsa juga mempunyai testimoni produk ataupun perkhidmatan mereka.

  • Dapat meningkatkan kredibiliti perniagaan kita sekiranya kita berjaya mendapatkan testimoni daripada seseorang yang berpengaruh seperti pakar usahawan internet, artis, tokoh politik, ahli sukan dan sesiapa sahaja yang menjadi tarikan ramai dan semestinya ianyaakan memberi impak positif terhadap perniagaan kita.

Seperti saya sendiri, saya amat menghargai testimoni yang ditulis oleh semua pelanggan saya di laman web eBay. Ianya amat membantu saya dalam meningkatkan lagi jualan. Semakin banyak testimoni ataupun 'positive feedback' yang ditulis oleh pelanggan saya, semakin tinggi kredibiliti saya di dalam laman web lelongan terbesar di dunia itu. Anda boleh saksikan sendiri contoh feedback yang saya terima di bawah ini.

http://www.ebay.com.my/fdbkProfile?UserId=mjkhir

Saya harap agar anda mendapat ilmu yang bermanfaat daripada laman blog ini. teruskan menyokong laman blog ini. Saya akan memenuhkan laman ini dengan segala ilmu perniagaan internet yang boleh kita kongsi bersama. Jumpa anda di puncak kejayaan

No comments: