Wednesday, July 26, 2006

Beroperasi dari rumah

Setelah sekian lama saya menjalankan perniagaan online saya hanya di kafe siber, kini tiba masanya untuk saya menjalankan operasi saya di rumah sendiri. Saya telahpun melanggan kemudahan Streamyx. Kini saya mempunyai masa yang lebih untuk menjalankan perniagaan saya dengan lebih berkesan lagi.

Jika dulu, saya mempunyai dua pejabat untuk menjalankan perniagaan online ini, kini saya hanya mempunyai satu pejabat sahaja. Amat menyenangkan. Mengapakah saya tidak terfikir mengenai perkara ini sejak dari dulu lagi?

Sekarang saya tidak mempunyai sebarang sekatan untuk menjalankan perniagaan saya. Saya boleh melakukannya bila-bila masa sahaja di rumah. Jika dahulu saya terpaksa memperuntukkan masa ,tenaga dan wang yang lebih untuk ke kafe siber, sekarang tak perlu lagi. Saya mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan aktiviti perniagaan di rumah sendiri dengan selesa dan dapat mendekatkan diri dengan keluarga saya. Sebenarnya ia juga lebih menjimatkan.

Saya harap saya dapat menghasilkan lebih banyak keuntungan dari perniagaan saya di masa akan datang. Sokongan anda semua amatlah saya hargai. Jika anda ingin berkongsi sesuatu dengan saya dan pengunjung laman ini, anda boleh menghubungi saya melalui email di mjkmulti@yahoo.com.my

Sunday, July 23, 2006

Mari memproses idea keuntungan

Idea….
Idea…….
Idea………….

Semua usahawan internet perlulah bekerja keras dan sentiasa berfikir untuk menghasilkan sesuatu produk baru yang boleh dijual. Sudah semestinya keuntungan menjadi tunjang utama kepada sesuatu perniagaan. Persoalannya bagaimanakah untuk mencari idea-idea yang boleh menjana keuntungan buat kita?

Tiada cara lain selain dari berfikir. Ya…, berfikir, berfikir dan berfikir.

Setiap hari kita melalui pelbagai perkara samada secara langsung ataupun tidak langsung. Melalui penglihatan dan pengamatan kita, kita boleh menjana idea-idea hebat untuk menjalankan perniagaan kita. Kita cuma perlu memerah otak dan memikirkan untuk menjadikan sesuatu perkara yang berlaku dan cuba menukarkannya menjadi produk kita.

Jangan lupa, apabila kita membaca buku ataupun ketika sedang melayari internet, kita didedahkan dengan berbagai perkara. Di sini, kita boleh berfikir untuk mendapatkan idea yang menarik. Perhatikan laman web orang lain, fikirkan mengenainya dan cuba mencari idea anda sendiri.

Adalah amat penting anda membawa sebuah buku nota (tak kira besar atau kecil) kemana sahaja kerana idea boleh datang di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat dan masa. Catatkan semua idea yang anda dapat, kemudian cuba panjangkan lagi idea anda itu. Ingat!! Pupuk idea anda supaya menjadi besar. Catitkan semuanya, kerana kita bukanlah sempurna, boleh mengingat semua perkara.


Setelah mendapat idea yang amat bernas lakukan perancangan yang rapi untuk menjayakan misi anda. Pesan saya, idea yang lain janganlah dibuang, Mungkin boleh digunakan lagi di masa hadapan.

Semoga anda mendapat idea setelah membaca apa yang saya tulis kali ini. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan laman ini setiap masa kerana pelbagai topik menarik akan dibicarakan disini.

Untuk pengetahuan anda, saya sedang dalam proses menyiapakan beberapa ebook dalam bahas amelayu untuk panduan dan pedoman usahawan internet di Malaysia. Saya harap anda sabar menantikan kemunculan ebook saya…

Jika anda ingin berkongsi sesuatu ataupun ingin bertukar-tukar link sila hubungi saya melalui email di mjkmulti@yahoo.com.my

Sunday, July 16, 2006

Disiplinkan diri untuk berjaya!

Hari ini saya ingin bercerita mengenai satu perkara yang agak penting iaitu DISIPLIN.


Untuk berjaya dalam apa perkara yang kita buat, disiplin memainkan peranan yang amat penting. Dalam menjalankan perniagaan tak kira secara online ataupun secara konvensional, aspek disiplin diri haruslah dititik beratkan.


Seperti saya, saya harus mendisiplinkan diri saya untuk menjalankan perniagaan saya di eBay. Dengan disiplin yang ketat, saya dapat membahagikan masa saya dan mengiklankan produk-produk tepat pada masanya. Saya memang tidak berkompromi dengan perkara ini. Saya percaya bahawa dengan mempunyai disiplin, kita dapat meningkatkan produktiviti dan keuntungan.


Segala perancangan yang diatur mungkin tergendala dan tidak berhasil jika kita memandang remeh perkara ini. Bayangkan jika kita membuat sesuatu sambil lewa tanpa mengambil berat soal disiplin diri, adakah kita boleh berjaya? Saya yakin anda sendiri tahu jawapannya……

Walaupun topik yang kita bincangkan hari ini agak ringkas, tetapi percayalah ianya membawa makna yang amat mendalam. Disiplin diri dapat membawa kita ke tahap yang lebbih tinggi lagi.
Semoga bertemu lagi....

Wednesday, July 12, 2006

Produk terbaru saya di eBay





Bertemu lagi, dengan bangganya saya umumkan bahawa saya telah pun menambah koleksi barangan jualan saya di gedung perniagaan maya saya iaitu di eBay. Anda boleh kunjungi gedung tersebut dengan mengklik pada butang yang terdapat di sebelah kiri laman ini.

Untuk pengetahuan anda, selain ebook, saya juga ada menyenaraikan duit syiling lama untuk lelongan. Buat masa ini saya mempunyai banyak syiling lama 1 sen (tahun 1919-1965) Harganya amat murah. Jika anda pengumpul syiling lama, inilah masanya untuk anda menambahkan koleksi anda. Anda boleh mendapatkannya di laman yang saya sebutkan tadi. Bagi anda yang baru mula menceburi bidang pengumpulan syiling lama, jangan lepaskan peluang ini. Peluang yang jarang anda temui.

Saya akan terus menambah produk untuk diniagakan di laman lelongan terbesar di dunia ini. Sebernya anda juga buat seperti saya juga. Anda boleh menjual apa saja di laman ini. Sepanjang pengalaman saya selama 6 bulan menjalankan perniagaan di eBay, hasilnya amat memberangsangkan dengan syarat anda mempunyai disiplin yang tinggi dan anda sanggup belajar selok belok untuk menjalankan perniagaan di eBay. Sasaran saya ialah menjelang hujung tahun ini, saya akan mendapat 100 feedback di eBay. (boleh dilakukan – walaupun sebenarnya ramai pembeli tidak menulis feedback setelah menerima barangan yang dipesan)
Jangan lupa, teruskan menyokong saya dan laman ini. Ikuti kisah saya selanjutnya untuk menjejeak tangga kejayaan seerti mana yang telah dilalui oleh pakar perniagaan internet tersohor di negara kita seperti Dr Irfan Khairi, team Saifulsham – Sabri dan Syazwan, Shuth, Kidino dan Lain-lain. Saya yakin suatu hari nanti saya juga akan menjadi seperti mereka. Ini janji Saya!!!

Monday, July 10, 2006

Produk terhangat di pasaran bakal meletup!!!

Apa khabar anda semua? Terima kasih saya ucapkan kerana anda terus menyokong laman ini. Saya cuba untuk menjadikan laman blog ini sebagai tapak untuk kita berkomunikasi dan dan berkongsi ilmu pengetahuan mengenai perniagaan internet. Saya amat mengharapkan komen dari anda. Jangan lupa untuk menulis komen anda setelah anda mengunjungi laman ini. Anda juga dialu-alukan untuk berkongsi artikel-artikel menarik berkaitan perniagaan internet. Anda boleh menghubungi saya melalui email di mjkmulti@yahoo.com.my

OK, sekarang saya sedang dalam proses terakhir untuk mengeluarkan produk terbaru saya. Nak tahu apakah produk tersebut? Kalau nak tahu, luangkan masa anda untuk membaca laman blog ini.

Produk yang saya hasilkan adalah satu produk digital yang dikeluarkan dalam bentuk CD. Produk ini boleh digunakan oleh anda semua dan yang menariknya anda boleh menjual semula produk ini untuk mendapatkan keuntungan. Dengan harga yang amat murah, saya yakin anda akan berpuas hati setelah memilikinya. Memang berbaloi....

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menjadi ahli affiliate saya setelah anda membeli produk ini. Secara tidak langsung anda telah mendapat 2 peluang iaitu menjual sendiri produk ini ataupun menjadi ahli affiliate saya. Saya janji akan memberikan komisen yang adil kepada ahli-ahli affiliate saya.

Saya harap anda sabar menunggu kelahiran produk ini di pasaran. Pastikan anda menjadi orang yang pertama mendapatkan produk ini. Jadikan peluang ini sebagai cara untuk menambahkan pendapatan kita semua. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan produk ini dari masa ke masa. Bersama-sama kita menuju kejayaan.

Friday, July 07, 2006

Belajar dari kesilapan




Sudah agak lama juga saya tidak menulis apa-apa dalam ruangan ini. Sebenarnya saya agak sibuk minggu lepas. Sibuk pasal apa saya sendiripun tak tahu. Mungkin kerana saya masih membuat perancangan mengenai projek terbaru saya.

Sebenarnya hari ini saya ingin berkongsi mengenai suatu peristiwa yang memberi pengajaran berguna kepada diri saya. Ianya berlaku apabila saya telahpun tersilap membuat penghantaran ebook kepada pelanggan saya. Pada Hari tersebut, terdapat dua orang pelanggan telah membeli 2 buah ebook yang sama harganya. Sedikit kekeliruan telah berlaku apabila saya telah tersalah menulis rekodpembelian mereka di dalam buku catatan saya.

Masalah timbul setelah pembayaran dibuat oleh salah seorang daripada mereka. Oleh kerana pada hari tersebut banyak transaksi yang berjumlah sama di dalam akaun bank saya, saya telah tersilap hantar ebook kepada orang yang salah. Orang yang telah membuat pembayaran terpaksa menunggu lebih dari 5 hari untuk mendapatkan ebook tersebut. Manakala orang yang masih belum membayar telahpun menerima ebook yang dihajati tanpa membuat sebarang pembayaran.

Ini amatlah mendukacitakan saya kerana prinsip saya ialah untuk memberi kepuasan kepada pelanggan saya. Apa yang boleh saya lakukan adalah dengan mengaku kesilapan saya dan memberi sebuah ebook lagi secara percuma sebagai tanda kekesalan di atas kesilapan yang telah saya lakukan. Akhirnya pelanggan saya ini berpuas hati dengan servis yang diberikan dan saya amat berbesar hati setelah beliau meninggalkan feedback yang bagus untuk saya. Kalau anda hendak tahu, pelanggan yang masih belum membuat pembayaran (tertangguh agak lama juga) membuat pembayarannya setelah menerima dahulu produk yang diingini berserta feedback positif sebelum pembayaran dibuat. Berguna juga cara ini untuk mendapatkan duit (saya tidak menggalakkan cara ini).

Antara apa yang saya dapat dari kejadian yang tidak diingini di atas ialah :

* Setiap jualan perlu rekod yang tersusun

* Hargai setiap pelanggan anda. Jangan malu untuk meminta maaf dan jika boleh memberi sesuatu sebagai tanda minta maaf (complimentary gift)

* Binalah jaringan perniagaan dengan pelanggan anda.