Wednesday, July 26, 2006

Beroperasi dari rumah

Setelah sekian lama saya menjalankan perniagaan online saya hanya di kafe siber, kini tiba masanya untuk saya menjalankan operasi saya di rumah sendiri. Saya telahpun melanggan kemudahan Streamyx. Kini saya mempunyai masa yang lebih untuk menjalankan perniagaan saya dengan lebih berkesan lagi.

Jika dulu, saya mempunyai dua pejabat untuk menjalankan perniagaan online ini, kini saya hanya mempunyai satu pejabat sahaja. Amat menyenangkan. Mengapakah saya tidak terfikir mengenai perkara ini sejak dari dulu lagi?

Sekarang saya tidak mempunyai sebarang sekatan untuk menjalankan perniagaan saya. Saya boleh melakukannya bila-bila masa sahaja di rumah. Jika dahulu saya terpaksa memperuntukkan masa ,tenaga dan wang yang lebih untuk ke kafe siber, sekarang tak perlu lagi. Saya mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan aktiviti perniagaan di rumah sendiri dengan selesa dan dapat mendekatkan diri dengan keluarga saya. Sebenarnya ia juga lebih menjimatkan.

Saya harap saya dapat menghasilkan lebih banyak keuntungan dari perniagaan saya di masa akan datang. Sokongan anda semua amatlah saya hargai. Jika anda ingin berkongsi sesuatu dengan saya dan pengunjung laman ini, anda boleh menghubungi saya melalui email di mjkmulti@yahoo.com.my

No comments: