Friday, July 07, 2006

Belajar dari kesilapan




Sudah agak lama juga saya tidak menulis apa-apa dalam ruangan ini. Sebenarnya saya agak sibuk minggu lepas. Sibuk pasal apa saya sendiripun tak tahu. Mungkin kerana saya masih membuat perancangan mengenai projek terbaru saya.

Sebenarnya hari ini saya ingin berkongsi mengenai suatu peristiwa yang memberi pengajaran berguna kepada diri saya. Ianya berlaku apabila saya telahpun tersilap membuat penghantaran ebook kepada pelanggan saya. Pada Hari tersebut, terdapat dua orang pelanggan telah membeli 2 buah ebook yang sama harganya. Sedikit kekeliruan telah berlaku apabila saya telah tersalah menulis rekodpembelian mereka di dalam buku catatan saya.

Masalah timbul setelah pembayaran dibuat oleh salah seorang daripada mereka. Oleh kerana pada hari tersebut banyak transaksi yang berjumlah sama di dalam akaun bank saya, saya telah tersilap hantar ebook kepada orang yang salah. Orang yang telah membuat pembayaran terpaksa menunggu lebih dari 5 hari untuk mendapatkan ebook tersebut. Manakala orang yang masih belum membayar telahpun menerima ebook yang dihajati tanpa membuat sebarang pembayaran.

Ini amatlah mendukacitakan saya kerana prinsip saya ialah untuk memberi kepuasan kepada pelanggan saya. Apa yang boleh saya lakukan adalah dengan mengaku kesilapan saya dan memberi sebuah ebook lagi secara percuma sebagai tanda kekesalan di atas kesilapan yang telah saya lakukan. Akhirnya pelanggan saya ini berpuas hati dengan servis yang diberikan dan saya amat berbesar hati setelah beliau meninggalkan feedback yang bagus untuk saya. Kalau anda hendak tahu, pelanggan yang masih belum membuat pembayaran (tertangguh agak lama juga) membuat pembayarannya setelah menerima dahulu produk yang diingini berserta feedback positif sebelum pembayaran dibuat. Berguna juga cara ini untuk mendapatkan duit (saya tidak menggalakkan cara ini).

Antara apa yang saya dapat dari kejadian yang tidak diingini di atas ialah :

* Setiap jualan perlu rekod yang tersusun

* Hargai setiap pelanggan anda. Jangan malu untuk meminta maaf dan jika boleh memberi sesuatu sebagai tanda minta maaf (complimentary gift)

* Binalah jaringan perniagaan dengan pelanggan anda.

No comments: