Friday, June 23, 2006

Masa itu emas..... Jangan buang masa

Hari ini saya agak terkejut kerana produk saya di eBay mendapat sambutan hangat. sememangnya di luar jangkaan saya memandangkan demam piala dunia belum berakhir lagi. apa yang terjadi ini menaikkan semangat saya untuk bekerja lebih keras lagi. Harapan saya agar gedung saya sentiasa dikunjungi pelanggan-pelanggan semua. Sekiranya anda belum menjenguk gedung eBay saya, silakan melawat gedung saya dengan menekan link yangterdapat di sebelah kiri laman ini.

Tiba masanya untuk saya membincangkan mengenai topik pengurusan masa. Sebenarnya jika anda seperti saya, mengjalankan perniagaan internet secara sambilan, anda haruslah mempunyai pengurusan masa yang benar-benar efektif dan efisien. Untuk memastikan perjalanan perniagaan kita sentiasa teratur dan sistematik, kita harus mempunyai pengurusan masa yang baik

Seperti saya sendiri, saya mempunyai masa yang amat terhad untuk melakukan beberapa perkara yang penting dalam sehari. Saya cuma mempunyai masa lapang pada malam hari sahaja jadi apa yang perli saya lakukan ialah memastikan masa saya tidak terbuang dan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Jika anda hanya menjalankan satu perniagaan di internet, anda tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa anda. Sekiranya anda menjalankan lebih dari satu jenis perniagaan secara online secara sambilan, anda pasti menghadapi krisis pengurusan masa ini. Bagaimana untuk menyelesaikannya? Saya ada tips untuk anda semua

1. Buat jadual harian anda. Senaraikan apa yang perlu dibuat dan susunkan mengikut kepentingan.

2. Sekiranya perniagaan anda masih menggunakan proses manual, automasikannya.

3. Sediakan email-email yang biasa ditulis kepada pelanggan anda di dalam word pad. Anda hanya perlu ‘cut & paste’ sahaja apabila mahu menghantar email kepada pelanggan anda.

4. Gunakan perisian –perisian tertentu yang boleh memudahkan kerja anda seperti auto responder.

5. Buat catatan. Amalkan langkah ini untuk memastikan anda tidak terlupa perkara-perkara penting tentang perniagaan anda.

6. Bahagikan masa anda untuk melakukan promosi, menyertai forum, melihat statistik laman web anda, mengemas kini laman web anda, menjawab email, melancarkan produk baru atau sebagainya.

7. Pastikan semua email anda disusun mengikut folder. Sila rujuk topik yang lepas mengenai pengurusan email yang berkesan. Ini dapat menjimatkan masa anda.

8. Sekiranya anda sedang menghasilkan produk anda , jangan lupa, draflah dahulu di atas kertas. Anda boleh menghasilkan produk anda tepat pada masanya sekiranya anda mengatur kerja anda terlebih dahulu. Yang penting sekali, pastikan segala hasil kerja anda di “back up”. Kenapa? Jawab sendirilah…

Demikianlah serba sedikit mengenai cara-cara untuk menguruskan masa. Di harap dengan maklumat ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sila tinggalkan komen anda mengenai laman ini. Saya harap anda beroleh kejayaan dibidang perniagan online. Semoga bertemu lagi.

Thursday, June 22, 2006

Kisah Tuan Puteri

Apa lagi yang saya hendak cerita kali ini ye? Ok, saya ada satu cerita mengenai contoh perniagaan yang kita boleh lakukan di internet. Agak menarik sebenarnya kisah ini, Cuma saya minta maaf jika gaya penyampaian saya kurang menyenangkan . Maklumlah, dah lama sangat tinggalkan bangku sekolah. Tapi saya cuba hasilkan yang terbaik untuk tatapan anda semua. Ceritanya begini…..

Alkisah…

Bermulanya kisah ini mengenai kakak saya sendiri, Kita gelarkan ia sebagai Tuan Puteri. Beliau merupakan seorang isteri dan seorang ibu kepada 5 orang cahaya mata, masih bekerja dengan salah sebuah badan berkanun di ibu kota. Tuan Puteri ini mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi. Walaupun masih berkerja tetap, beliau mempunyai kebolehan mengandam bakal pengantin. (saya kahwin dulupun menggunakan khidmat dia – tak bayar lagi sampai skrg hehehe)Selain itu, beliau juga mempunyai kemahiran membuat kek dan pastri. Setakat kek dekat kedai yang cantik-cantik dan sedap sedap tu, saya rasa lebih cantik dan lebih sedap kek yang dibuat oleh Tuan Puteri ini.

Walaupun beliau mempunyai kemahiran dan kepakaran, beliau hanya mampu untuk membuat perniagaan ini secara part time sahaja. Memandangkan beliau mempunyai pekerjaan tetap, tidak dapatlah untuk mengembangkan sayapnya dengan lebih jauh lagi. Bukan Tuan Puteri tidak boleh berhenti kerja, tetapi dia amat menyayangi kerja yang dia buat sekarang. Maka jadilah dia sebagai usahawan sambilan.

Apa yang saya hendak katakan di sini ialah, Tuan Puteri boleh melipat gandakan keuntungannya dengan menggunakan internet. Percaya atau tidak, dengan produk dan kemahiran yang beliau ada membolehkan dia menjadi jutawan hanya secara sambilan sahaja? Tak percaya? Saya akan membuktikannya dia boleh menjadi jutawan sekiranya dia dapat menghidu peluang dan mengubah cara perniagaannya. Tuan puteri mungkin boleh melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut untuk melangkah ke arah jutawan siber ini:

1. Promosikan prekhidmatannya di laman web

2. Tukarkan produknya kepada buku digital (ebook) seperti :

= Cara mudah untuk membuat kek
= Membuat kek dengan menggunakan bahan-bahan asas.
= 7 Langkah untuk mengandam
= Bagaimana untuk menjimatkan wang perkahwinan anda dengan mengandam sendiri?

3. Menganjurkan kursus-kursus online di internet

4. Menganjurkan kursus atau taklimat pada hujung minggu (kelas)

5. Menjual video cara-cara mengandam atau embuat kek dan pastri.

Dengan cara ini, Tuan Puteri dapat mengembangkan produknya ke serata peluusuk dunia. Jika dulu, kek dan pastrinya hanya boleh dirasa oleh penduduk disekitar perumahannya, sekarang mungkin satu dunia boleh menikmati pastrinya dalam bentuk digital (mungkin resepi). Jika dahulu dia hanya dapat mengandam pengantin apabila hujung minggu sahaja, kini mungkin setiap hari (Orang lain mengandam mengikut apa yang diajar Tuan Puteri didalam ebooknya) di mana sahaja di serata dunia.

Kesimpulannya, kita boleh menukar produk kita kepada sesuatu bentuk yang lain. Kita haruslah mempunyai kemahiran berfikir untuk melahirkan idea-idea hebat. Saya percaya anda juga mempunyai kepakaran-kepakaran tertentu. Jadi apa tunggu lagi, mulakan langkah anda hari ini. Luaskan perniagaan anda menggunakan kemudahan internet. Dunia tanpa sempadan……

Tuesday, June 20, 2006

Mari belajar mengurus email




Bertemu lagi. Kebelakangan ini saya agak sibuk sikit menguruskan produk terbaru saya. Sebenarnya terlalu banyak idea telahpun saya perolehi ketika ini. Apa yang memeningkan kepala saya adalah yang mana satu untuk dibuat dahulu. Ternyata di sini saya harus tahu untuk mendahulukan yang mana satu lebih penting dan lebih sesuai dengan pasaran. Masalah juga, idea ada, kemampuan tak ada (maklumlah bekerja sendiri). Kalaulah ada sesiapa yang dapat membantu saya ketika ini ataupun yang ingin berkongsi dengan saya, alangkah beruntungnya saya.

Hari ini saya ingin berbicara mengenai pengurusan. Bosan dengan topik ini? Sabar. Sebenarnya, untuk berjaya kita haruslah mempunyai sistem yang terurus. Kita mulakan proses pengurusan kita dengan proses pertama iaitu proses pengurusan email.

Daripada pengalaman saya, sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan internet, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 alamat email. Mengapa? Biar saya terangkan satu persatu.

Alamat email pertama – Anda khaskan untuk perniagaan anda sahaja.
Alamat email kedua – Anda gunakan untuk berinteraksi bersama-sama rakan anda.
Alamat email ketiga – Anda gunakan alamat email ini adalah sebagai tong sampah kepada segala benda yang anda subscribe di internet semata-mata untuk mendapatkan hadiah percuma ataupun tip-tip, ebook, newsletter dan sebagainya.

Jika anda berjaya melakukan seperti yang saya sarankan di atas, tahniah! Anda lulus fasa pertama proses pengurusan email.

Fasa seterusnya ialah anda buka beberapa folder bagi setiap alamat email yang anda ada. Ini amat penting untuk anda menyisihkan email yang anda terima mengikut perkara atau subjek tertentu. Dengan melakukan begini, ia dapat memudahkan anda untuk mencari sesuatu maklumat daripada email yang anda terima dengan mudah. Selain itu, email anda juga akan kelihatan terurus dan tidak berserabut. Anda harus cuba nasihat saya ini.

Anda boleh mengandaikan email seperti sebuah kabinet yang menyimpan segala fail-fail anda. Adakah anda ingin semua jenis dokumen sama ada dokumen perniagaan, maklumat pelanggan, surat daripada sahabat anda, iklan-iklan dan sebagainya dimasukkan ke dalam satu kabinet sahaja? Tentu tidak… Alangkah indahnya kabinet anda sekiranya setiap surat atau dokumen disimpan teratur di dalam laci masing-masing mengikut perkara-perkara yang anda tetapkan.

Langkah seterusnya ialah padamkan email yang tidak dikehendaki untuk mengurangkan ruang email anda. Jangan membuka sebarang attachment yang kita tidak tahu siapa penghantarnya. Ianya amat berbahaya sekali. Ingat!!! Apabila virus menyerang, anda tahu apa akibatnya… Beringat sebelum kena. Hingga bertemu lagi…

Thursday, June 15, 2006

Idea sudah mari...



Bertemu lagi. Hari ini saya telah mempunyai satu idea baru untuk menghasilkan satu produk digital. Buat masa ini saya sedang sibuk dengan penghasilan produk baru itu. Saya yakin produk ini boleh disiapkan paling cepat dalam masa sebulan dari sekarang. Semasa dalam proses menghasilkan produk ini, timbul satu pertanyaan. Bagaimana untuk memasarkan produk ini? Menjual sendiri dengan melancarkan satu laman web (saya belum bersedia untuk ini buat masa ini), atau menjual melalui eBay atau menjual menggunakan sistem affilite. Yang mana satu agaknya medium terbaik untuk saya? Mungkin ketiga-tiganya sekali. Sekiranya anda mahir dalam bidang ini, saya mengharap bantuan anda. Sila hantarkan pendapat anda kepada saya di mjkmulti@yahoo.com.my Saya amat menghargai tunjuk ajar yang anda berikan.

Pelajaran hari ini ialah mari kita renungkan senario ini:-

Si petani ini (kita namakannya sebagai Pak Ali) mempunyai produk yang bernama pisang emas. Pak Ali menjualkan pisang emasnya kepada peraih yang bernama Ahmad. Ahmad kemudiannya menjualkan pisang itu kepada peniaga lain dan pengguna. Dalam situasi ini Pak Ali terpaksa membahagikan keuntungannya bersama Ahmad. Alangkah bagusnya jika Pak Ali menjual terus pisang emas itu kepada pengguna. Dia mendapat semua hasil jualan pisangnya itu, tak perlu di beri kepada peraih bernama Ahmad. Pak Ali mengambil keputusan untuk menjual sendiri pisangnya. Keputusan yang bijak. Namun masalah timbul jua akhirnya bila Pak Ali sebenarnya tidak mempunyai kenderaan untuk mengangkut barang jualannya ke bandar untuk dijual. Tak mengapa Pak Ali melabur membeli sebuah lori buruk untuk menghantar hasil jualannya. Setelah memiliki lori, Pak Ali tersenyum kerana dia mula berangan-angan untuk menjadi kaya raya setelah dapat menjual semua hasilnya sendiri.

Pak Ali pun mula mengangkut pisang emasnya ke bandar, Dalam perjalanannya ke bandar, beliau mula terfikir, “Siapa yang nak beli pisang ini? Kepada siapa yang harus aku jual pisang yang banyak ni?” Pak Ali kemudiannya menuju ke pasar dan bertanya kepada peniaga di pasar itu. Oleh kerana beliau tidak mengenali sesiapa di pasar itu maka kecewalah Pak Ali kerana beliau tidak dapat menjual pisangnya. Semua penjual pisang di pasar itu telah mendapat bekalan mereka daripada peraih-peraih pisang seperti Ahmad dengan harga yang menarik. Mungkin Pak Ali boleh menandingi harga yang ditawarkan oleh peraih pisang tetapi peniaga pasar itu tidak mengenali siapa Pak Ali. Adakah Pak Ali mampu membekalkan pisang kepada mereka berterusan? Ternyata sukar Pak Ali untuk berurusniaga dengan penjual di pasar ini. Nampaknya Pak Ali terpaksa mencari jalan lain untuk menjual pisangnya. Mungkin terpaksa membuka gerai untuk memasarkan pisangnya, atau mendapatkan tapak perniagaan di pasar malam. Terpaksalah mengeluarkan belanja lagi…

Bolehlah diumpakan saya seperti Pak Ali dan peserta program affiliate sebagai peraih, laman web seperti gerai dan tapak pasar malam seperti eBay. Kesimpulan dari cerita ini ialah, serahkan kerja pada yang pakar. Walaupun keuntungan yang bakal diraih terpaksa dikongsi dengan peserta affiliate, produk kita mampu dipasarkan dan akan dijual secara meluas ke merata tempat. Kos juga dapat dijimatkan. Sememangnya peserta-peserta affiliate ini dapat menghidu peluang dan pakar dalam pemasaran. Alangkah baiknya jika Pak Ali lebih menumpukan pada aspek menambah pengeluaran produknya dan merancang untuk mengeluarkan produk baru dan membiarkan Ahmad menjualkan produk-produk beliau sementara Pak Ali yakin beliau mampu untuk melakukannya sendiri.

Jangan lupa jika anda mempunyai pendapat, sila hantarkan pendapat anda kepada saya melalui email ataupun anda boleh meninggalkan komen diruangan blog ini. Anda bebas untu berkongsi apa sahaja. Sekian dulu buat kali ini. Moga jumpa lagi.

Earn revenue from your website's traffic? Click here

Tuesday, June 13, 2006

Pelajaran Pertama



Hari ini saya masih belum berkesempatan untuk memilih proram affiliate yang sesuai untuk saya. Saya agak sibuk dengan urusan di eBay. Nampaknya sepanjang musim piala dunia ini perniagaan saya di eBay sedikit terjejas. Tak mengapa mungkin inilah masanya utuk saya menilai kembali produk-produk serta iklan-iklan saya. Sedikit bedah siasat perlu dilakukan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan produk saya.

Selesai saja urusan saya di eBay, saya sibuk pula menguruskan urusan melancarkan laman blog ini. Berjalan lancar juga setelah beberapa percubaan yang amat menyusahkan bagi saya yang tidak mempunyai kepakaran membina laman web dan kurang penguasaan bahasa Inggeris. Sebenarnya, untuk menguasai perniagaan di internet, kita seharusnya dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Mengapa? Kerana boleh dikatakan kebanyakkan sumber rujukan adalah dalam bahasa Inggeris. Jadi, saya bercadang untuk membuka satu lagi laman blog yang memaparkan artikel-artikel yang berkaitan dengan perniagaan online dalam bahasa inggeris. Sila lihat di ruangan Link sahabat yang terdapat disebelah kiri laman blog ini.

Laman blog selesai, kini saya terus melihat email saya. Yang dinantikan telah tiba. Linkshare telahpun menghantar email mengatakan saya telahpun diterima untuk menjadi ahli affiliate mereka. Bermulalah era baru dalam hidup saya dengan menjadi ahli affiliate.

Mulai hari ini, saya akan berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat melalui pembacan saya mengenai perniagaan internet. Semoga ianya akan mendatangkan faedah kepada saya dan pelawat laman web ini.

Pelajaran hari ini ialah mengenai jenis-jenis affiliate.

Terdapat tiga jenis affiliate program yang ditawarkan iaitu:

1. Pay-Per-Sale - Jenis ini yang biasa kita jumpa di internet. Para penyedia program ini akan membayar komisen atas jualan yang berjaya dibuat.

2. Pay-Per-Lead – Komisyen ditawarkan jika kita berjaya membawa pelawat melihat iklan anda di laman web mereka sungguhpun mereka tidak melawat lama web anda dan pelawat tersebut tidak membeli.

3. Pay-Per-Click – Affilate diberi komisyen apabila berjaya membuat pelawat mengklik mana-mana iklan yang mengarah kepada laman web mereka.

Sekarang, anda boleh memilih program jenis manakah yang anda ingini. Semoga bertemu lagi di masa akan datang. Teruskan memberi sokongan anda kepada laman blog ini.

Sunday, June 11, 2006

Mula menjadi affiliate



Hari ini, saya melayari internet untuk mencari maklumat mengenai program affiliate. Saya mulakan pencarian saya dengan penyadia program affiliate terkemuka iaitu Clickbank. Hampa! Saya begitu hampa kerana Clickbank tidak membuka keahlian kepada warga Malaysia. Mengapa? Tentu ada sebabnya, Sesiapa yang tahu mengapa, sila beri sedikit komen. Pandangan anda amatlah dihargai oleh pendatang baru seperti saya.

Saya kemudiannya mencuba pula satu lagi penyedia program affiliate iaitu program linkshare (LinkShare ). Yes, saya berjaya mendaftar sebagai ahli affiliate di linkshare. Peringkat pertama selesai, kini tiba masanya untuk saya meneruskan langkah seterusnya. Saya mula memilih program yang sesuai dengan saya. Daripada pembacaan saya, ramai peserta program ini gagal kerana mereka tersilap mewakili program affiliate. Mereka tidak memilih sesuatu berdasarkan minat mereka. Adalah sukar untuk menjual sesuatu yang kita tidak minat atau di luar kepakaran kita. Jangan melakukannya secara terpaksa atau kerana wang semata mata. Ia tidak akan berjaya. Saya mula menilai diri saya untuk mengenalpasti minat dan kepakaran saya. Susah juga proses pencarian dalam diri ini sebenarnya.

Setelah mengenal pasti kekuatan sendiri saya mulakan langkah seterusnya, ala-ala langkah pendekar menuju medan perang (konon). Saya mula meneroka program-program yang ditawarkan di linkshare. Ahhh…. Pening! Susah juga membuat pilihan. Tak apa, Jangan terburu-buru, biar lambat tapi pasti!! Kejayaan pasti milik insan yang mempunyai kesabaran.

Mari kita renungkan sebuah cerita ini:

Ali dan Abu menyertai satu pertandingan larian marathon. Syarat pertandingan ini adalah mereka perlu berkaki ayam dan apabila wisel ditiup, peserta dikendaki mendapatkan kasut yang disediakan oleh pihak penganjur dan boleh mulakan larian menuju garisan penamat. Apabila wisel ditiup Ali terus sahaja meluru ke tempat di mana kasut disediakan. Tanpa berlengah lagi Ali terus sahaja mengambil sepasang kasut dan terus memakai kasut yang dipilih. Dia berlari untuk memenangi perlumbaan ini.

Abu pula terkial-kial memilih kasut untuk dipakai. Beliau mencuba beberapa pasang kasut dan membelek kasut-kasut itu satu persatu. Mungkin mencari saiz yang sesuai atau mencari kasut yang selesa, ataupun yang cantik, hanya Abu yang tahu. Peserta-peserta lain telah mulakan larian, Abu masih di situ, terus mencari. Setelah Abu mendapat kasut yang sesuai dia mula berlari.

Abu berlari dengan selesa hingga kegarisan penamat. Ali? Beliau menghadapi kesukaran untuk meneruskan lariannya kerana kakinya sakit kerana mungkin saiz kasut ataupun jenis kasut yang tidak sesuai dengannya. Maka sia-sialah kerja si Ali. Beliau hanya membuang masa dan tenaga sahaja untuk menyertai perlumbaan itu. Abu pula berjaya menghabiskan lariannya, walaupun mungkin beliau tidak memenangi larian itu, tetapi beliau tetap dapat mengabiskan misinya iaitu untuk sampai kegarisan penamat.

Saya mendapat pengajaran berharga dari kisah di atas. Membuat sedikit kerja dengan mencari sesuatu yang sesuai dengan saya amatlah penting. Saya mahu pastikan apa yang saya lakukan berbaloi dan membuahkan hasil. Jangan terburu-buru untuk melakukan sesuatu. Bukankah kita diajar untuk melakukan sesuatu dengan tertib? Dalam sembahyangpun ada tertibnya. Kita boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan kita untuk lebih sempurna.

Sekian buat kali ini. Jangan lupa untuk membaca Diari Realiti ini yang akan ditulis dari semasa ke semasa.

Webmaster's Earn Money Here!

Diari Realiti seorang usahawan internet Malaysia



Thank you for visiting my blog. Actually this blog is for the internet business guide. I will share with you how to earn money at home. You can make a part time job as internet business entrepreneur. Get a useful tips and knowledge about internet marketing from this site.


80% of this site using a Bahasa Melayu because this site is for malaysian who want to change their live.

Guide to internet Home Based Business. Get a great tips how to be the next internet millionaire. Get a knowledge about internet business from here... Work from home, and you can make real money!!!


Sebelum saya melangkah lebih jauh lagi, saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya merupakan seorang pekerja sepenuh masa (di sektor kewangan), telah berkahwin dan mempuyai seorang cahaya mata. Setelah 10 tahun berkidmat disektor kewangan, saya rasa peluang saya untuk maju kehadapan dan naik pangkat bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan saingan dan bilangan pekerja yang terlalu ramai, industri kewangan kini bukanlah seperti industri kewangan dahulu. Jadi saya haruslah berusaha dengan cara lain untuk memajukan diri sendiri dan keluarga saya.

Untuk pengetahuan anda semua, sebelum saya mula menceburkan diri dalam dunia perniagaan online ini, saya telahpun mula berniaga secara konvensional. Oleh kerana saya bercita-cita untuk menjadi usahawan berjaya suatu hari nanti, maka saya mula menceburkan perniagaan secara sampingan.

Saya telahpun menyertai sebuah syarikat MLM, tetapi malangnya, bidang itu bukan untuk saya. Saya cuma bertahan selama 3 bulan sahaja. Saya juga pernah menjual produk Single Level Marketing seperti menjual pinggan mangkuk, cadar, kasut dan sebagainya. Untung? Adalah sedikit, Cuma saya tidak dapat bertahan lama kersna sukar untuk mendapatkan belian ulangan. Kerenah pembeli yang rata-ratanya rakan-rakan yang suka ambil barang dulu dan bayar hingga 5 atau 6 kali kemudian membuatkan saya tidak dapat menguruskan perniagaan ini dengan baik. Ini kerana saya tidak mempunyai modal pusingan yang besar.



Dewasa ini, kita boleh lihat ramai usahawan usahawan muda terutama golongan bumiputera berjaya di dalam perniagaan online ini. Saya amat teruja sekali dengan kejayaan anak muda seperti Dr Irfan Khairi. Setelah mendapatkan sebuah buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar, bermulalah satu dimensi baru dalam hidup saya. Saya bertekad untuk berjaya seperti beliau. Semangat saya semakinm berkobar-kobar untuk berniaga di internet pula.

Tetapi ada halangan yang amat besar untuk saya meneruskan hajat saya. Halangan pertama ialah, saya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai intenet. Percayakah anda bahawa saya langsung tidak tahu untuk menggunakan kemudahan seperti chat yang menjadi kegilaan remaja masa kini? Apa yang saya tahu adalah membaca email, melayari internet untuk mencari maklumat tertentu dan mencari sedikit hiburan.

Jadi bagaimana untuk memulakan perniagaan di internet ini? Halangan seterusnya ialah, saya tidak mempunyai kemudahan internet di rumah saya. Saya hanya menggunakan internet di kafe siber sahaja. Ini tentu menyukarkan saya. Nak masukkan internet di rumah, modal kurang mengizinkan, jadi terpaksalah bermula dengan menggunakan kemudahan internet di kafe siber sahaja.


Bosan dengan perniagaan konvensional, saya beralih pula pada bidang internet pula. Adik ipar saya telahpun memperkenalkan saya dengan program autosurf. Memang menarik, saya lihat adik ipar saya boleh hidup senang dengan hanya menjalankan program autosurf ini. Seorang sahabat baik saya juga ada menjalankan program ini dan beliau memperolehi sehingga RM5 ribu sebulan. Lantas saya pun menyertai program ini. Saya mula berangan-angan untuk menjadi senang dengan program ini sahaja. Malangnya, belumpun sempat mengecapi hasilnya, syarikat itu telahpun menutup operasinya, melepas….(Nasib baik saya melabur tak banyak). Tetapi ada hikmahnya saya menyertai program ini, kerana sewaktu membiarkan komputer saya melakukan navigasi automatik, saya melayari internet, saja suka-suka. Saya dapat pengajaran yang amat berharga dari pengalaman ini. Tiada cara mudah untuk menjadi senang selain dari usaha. Ternyata sekali bahawa cara yang paling mudah untuk membuat wang adalah dengan menipu orang lain, dan yang menjadi mangsa penipuan adalah saya, orang yang rakus dan tamak, mahu senang dengan cara yang mudah. Saya tidak akan membuat sebarang pelaburan melalui sebarang program seperti ini lagi. Cara yang paling bagus untuk berjaya dalam arena perniagaan online ini adalah dengan berniaga, bukan melabur….


Saya kemudiannya terjumpa satu website lelong yang begitu menarik minat saya iaitu eBay. Pada mulanya saya hanya membeli barangan sahaja di situ. Lantas saya terfikir, mengapa tidak saya menjual untuk mendapatkan keuntungan di sana? Oleh kerana saya mempunyai minat mengumpul wang kertas dan syiling lama atau antarabangsa, saya sudah mempunyai barangan untuk didagangkan. Maka bermulalah kerjaya baru saya sebagai pedagang di eBay pada penghujung tahun 2005. Barang pertama yang berjaya dijual adalah sekepuing duit syiling antik. Saya amat gembira. Saya kemudian mengorak langkah dengan membeli hak menjual semula ebook di internet, dan saya jualkannya di eBay. Saya mula menjana pendapatan secara online di internet. Alhamdulillah, bertambah pendapatan saya, lepaslah untuk membayar bil. Mungkin saya akan menambah lagi buku-buku untuk dijual dan mungkin juga akan cuba menjual produk lain pula. Anda boleh lawati salah satu gedung saya gedung saya di eBay di http://www.ebay.com.my/listResults?browse=0&SellerId=mjkhir



Saya masih belum puas lagi. Saya cari lagi bidang perniagaan baru di internet yang boleh menjana pendapatan untuk saya, tanpa memerlukan website sendiri. Buat masa ini saya belum bersedia untuk mendirikan website sendiri memandangkan saya belum mempunyai produk yang mampu meletup di pasaran. Saya juga tidak mempunyai kepakaran untuk mendirikan laman web dan juga kurang mahir mengenai selok belok perniagaan internet. Saya terfikir pula tentang program affiliate. Sejak akhir-akhir ini program affiliate ini mendapat sambutan bagai pisang goreng panas di internet. Boleh dikatakan setiap usahawan internet yang menjual produk mereka menawarkan program ini. Di negara kita sendiri, kita boleh lihat banyak program affiliate diwujudkan. Tidak kurang juga mereka yang hidup mewah dengan hanya menjadi peserta affiliate. Jadi saya rasa ingin mencuba untuk menjadi salah seorang peserta affiliate yang berjaya.



Sebelum melangkahkan kaki ke dunia affliate ini, saya membuat perancangan rapi dengan membaca banyak artikel dan ebook berkaitan affiliate ini. Ada yang ditulis oleh orang kita, anak tempatan yang telah berjaya di persada perniagaan internet, dan anda yang ditulis oelh mereka di luar negara. Semakin banyak yang saya baca, saya semakin teruja untuk mendekatinya. Ilmu, sedikit sebanyak sudah ada cuma tibalah masanya untuk dipraktikkan sahaja. Saya mengambil sedikit masa untuk membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum saya menceburkan diri dalam bidang ini.



Setakat ini sahaja sesi suai kenal kita hari ini. Saya harap blog ini dapat memberi manfaat kepada semua yang sudi mengunjungi blog ini. Bagi anda yang membaca blog ini, anda boleh memberi komen dan pandangan anda mengenai blog ini.



Nantikan topik yang akan datang saya akan menceritakan mengenai pengalaman saya menyertai program affiliate ini. Bolehlah jika di ibaratkan kisah ini bagai sebuah diari realiti (macam Akademi Fantasia lah pulak, cuma tak ada afundi aje). Diari Realiti berjudul Perjalanan seorang pendekar menuju puncak kejayaan. Adakah saya akan berjaya atau akan gagal di dalam pencarian saya. Jangan lupa, ikuti kisah saya dari semasa kesemasa. Sila datang lagi untuk mengetahui kisah selanjutnya….
Good luck in your internet home based business and I hope you will come again ti get a tips from me...


Are you tired working for somebody in this age of downsizing and outsourcing? Until recently it was very difficult to start a profitable business from home. Most home-based businesses had limited earning potential and required the owners to make vast investments in inventory, resources and time with little hope of any return. We’ve strived to solve this problem. E-cv.com provides a 100% turnkey home-based internet business opportunity. You can start your own career services company for less than $1000 and make a lot of money while help others find new fulfilling careers.
Bye.
This is one area where it is not advisable to opt for free hosting.
The goal is to drive targeted traffic to your website and if you are on a budget this just may take longer than someone who has money to purchase targeted leads. But, the upside is you will gain a great deal of knowledge as well as achieve huge personal success if you learn the methods that drive free targeted traffic to your site.
These are some of the highly effective Internet marketing methods that you can start working on immediately to drive targeted traffic to your Internet home business website and create Internet income.
Relevant Keyword Selection
This is where you start building the foundation of your business and you need to ascertain what keywords or keyword phrases people will type into the search engines to find your website. You can search for free keyword selector tools on the internet to help you with this, for example you could use the
Google AdWords keyword tool (https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal) or the Overture keyword selector tool (http://inventory.overture.com/d/searchinventory/suggestion/) or the free version of Wordtracker (http://www.wordtracker.com/) or a combination of all three.
SEO - Search Engine Optimization
Having selected the keywords you are going to use then you need to optimize your website for those keywords. Free software is available on the internet to help you optimize your website, for example WebCEO can be downloaded free at
http://www.webceo.com/download/. Having optimized your website, it is a good idea to open a Google Webmasters account for free, create a sitemap and submit it to Google. Keep your sitemap up to date and submit a new sitemap whenever you make changes to your website. Start submitting your website to the search engines and it is advisable to submit to the major search engines manually.
Blog Posting, Tagging and Pinging
By posting on your blog at least once a day and hyperlinking your keyword into the post so that it points back to your website will build backlinks to your website that will help you rank higher in the search engine results. Your goal is to continually build backlinks to your website. Remember to tag your posts and then ping your blog to announce to the blogging community that you have just added a new post. Do not ping your blog if you have not made a new post as this will be regarded as spamming. There are many free pinging services available on the Internet. By adding your Blog RSS url to your My Yahoo account will ensure the indexing of the links on your blog posts in Yahoo.
Forum Posting and Participation
You can use forums for not only advertising your internet home business, but also for gaining a tremendous amount of knowledge and assistance. Set up your signature with your keyword linked to your website and this will give you free advertising as well as adding backlinks to your site. Get involved in the forum discussions and constructively post and contribute three to five times a day.
Article Writing and Marketing
This is another very effective method of building backlinks to your site and achieving high positions in the search engine results. If you are not sure what topics to write about, start off by writing articles about everything you are learning on a daily basis. If you write one or two articles every week and distribute them to as many article directories as possible you will see your website rise in the rankings. It is advisable to write articles based on the theme of your website and use the keywords you have selected and hyperlink the keyword to your url in the author resource box. You may at a later stage want to spend a portion of your budget to purchase an Article Submitter or pay to have your articles distributed. If you search on the Internet for Article Directories you will find many directories to submit your articles to.
Web Directories
Search the Internet for seo friendly directories and start submitting your website to them, try and submit to five directories a day.
Finally
By getting involved in learning these free highly effective methods of driving targeted traffic to your website, you will not only create Internet income but you will automatically find that your skills improve and you will start getting involved in the more technical methods of Internet marketing such as RSS, Social Bookmarking, etc., which will take your Internet home business to the next level.