Thursday, June 22, 2006

Kisah Tuan Puteri

Apa lagi yang saya hendak cerita kali ini ye? Ok, saya ada satu cerita mengenai contoh perniagaan yang kita boleh lakukan di internet. Agak menarik sebenarnya kisah ini, Cuma saya minta maaf jika gaya penyampaian saya kurang menyenangkan . Maklumlah, dah lama sangat tinggalkan bangku sekolah. Tapi saya cuba hasilkan yang terbaik untuk tatapan anda semua. Ceritanya begini…..

Alkisah…

Bermulanya kisah ini mengenai kakak saya sendiri, Kita gelarkan ia sebagai Tuan Puteri. Beliau merupakan seorang isteri dan seorang ibu kepada 5 orang cahaya mata, masih bekerja dengan salah sebuah badan berkanun di ibu kota. Tuan Puteri ini mempunyai semangat keusahawanan yang tinggi. Walaupun masih berkerja tetap, beliau mempunyai kebolehan mengandam bakal pengantin. (saya kahwin dulupun menggunakan khidmat dia – tak bayar lagi sampai skrg hehehe)Selain itu, beliau juga mempunyai kemahiran membuat kek dan pastri. Setakat kek dekat kedai yang cantik-cantik dan sedap sedap tu, saya rasa lebih cantik dan lebih sedap kek yang dibuat oleh Tuan Puteri ini.

Walaupun beliau mempunyai kemahiran dan kepakaran, beliau hanya mampu untuk membuat perniagaan ini secara part time sahaja. Memandangkan beliau mempunyai pekerjaan tetap, tidak dapatlah untuk mengembangkan sayapnya dengan lebih jauh lagi. Bukan Tuan Puteri tidak boleh berhenti kerja, tetapi dia amat menyayangi kerja yang dia buat sekarang. Maka jadilah dia sebagai usahawan sambilan.

Apa yang saya hendak katakan di sini ialah, Tuan Puteri boleh melipat gandakan keuntungannya dengan menggunakan internet. Percaya atau tidak, dengan produk dan kemahiran yang beliau ada membolehkan dia menjadi jutawan hanya secara sambilan sahaja? Tak percaya? Saya akan membuktikannya dia boleh menjadi jutawan sekiranya dia dapat menghidu peluang dan mengubah cara perniagaannya. Tuan puteri mungkin boleh melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut untuk melangkah ke arah jutawan siber ini:

1. Promosikan prekhidmatannya di laman web

2. Tukarkan produknya kepada buku digital (ebook) seperti :

= Cara mudah untuk membuat kek
= Membuat kek dengan menggunakan bahan-bahan asas.
= 7 Langkah untuk mengandam
= Bagaimana untuk menjimatkan wang perkahwinan anda dengan mengandam sendiri?

3. Menganjurkan kursus-kursus online di internet

4. Menganjurkan kursus atau taklimat pada hujung minggu (kelas)

5. Menjual video cara-cara mengandam atau embuat kek dan pastri.

Dengan cara ini, Tuan Puteri dapat mengembangkan produknya ke serata peluusuk dunia. Jika dulu, kek dan pastrinya hanya boleh dirasa oleh penduduk disekitar perumahannya, sekarang mungkin satu dunia boleh menikmati pastrinya dalam bentuk digital (mungkin resepi). Jika dahulu dia hanya dapat mengandam pengantin apabila hujung minggu sahaja, kini mungkin setiap hari (Orang lain mengandam mengikut apa yang diajar Tuan Puteri didalam ebooknya) di mana sahaja di serata dunia.

Kesimpulannya, kita boleh menukar produk kita kepada sesuatu bentuk yang lain. Kita haruslah mempunyai kemahiran berfikir untuk melahirkan idea-idea hebat. Saya percaya anda juga mempunyai kepakaran-kepakaran tertentu. Jadi apa tunggu lagi, mulakan langkah anda hari ini. Luaskan perniagaan anda menggunakan kemudahan internet. Dunia tanpa sempadan……

No comments: