Tuesday, June 13, 2006

Pelajaran Pertama



Hari ini saya masih belum berkesempatan untuk memilih proram affiliate yang sesuai untuk saya. Saya agak sibuk dengan urusan di eBay. Nampaknya sepanjang musim piala dunia ini perniagaan saya di eBay sedikit terjejas. Tak mengapa mungkin inilah masanya utuk saya menilai kembali produk-produk serta iklan-iklan saya. Sedikit bedah siasat perlu dilakukan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan produk saya.

Selesai saja urusan saya di eBay, saya sibuk pula menguruskan urusan melancarkan laman blog ini. Berjalan lancar juga setelah beberapa percubaan yang amat menyusahkan bagi saya yang tidak mempunyai kepakaran membina laman web dan kurang penguasaan bahasa Inggeris. Sebenarnya, untuk menguasai perniagaan di internet, kita seharusnya dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Mengapa? Kerana boleh dikatakan kebanyakkan sumber rujukan adalah dalam bahasa Inggeris. Jadi, saya bercadang untuk membuka satu lagi laman blog yang memaparkan artikel-artikel yang berkaitan dengan perniagaan online dalam bahasa inggeris. Sila lihat di ruangan Link sahabat yang terdapat disebelah kiri laman blog ini.

Laman blog selesai, kini saya terus melihat email saya. Yang dinantikan telah tiba. Linkshare telahpun menghantar email mengatakan saya telahpun diterima untuk menjadi ahli affiliate mereka. Bermulalah era baru dalam hidup saya dengan menjadi ahli affiliate.

Mulai hari ini, saya akan berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat melalui pembacan saya mengenai perniagaan internet. Semoga ianya akan mendatangkan faedah kepada saya dan pelawat laman web ini.

Pelajaran hari ini ialah mengenai jenis-jenis affiliate.

Terdapat tiga jenis affiliate program yang ditawarkan iaitu:

1. Pay-Per-Sale - Jenis ini yang biasa kita jumpa di internet. Para penyedia program ini akan membayar komisen atas jualan yang berjaya dibuat.

2. Pay-Per-Lead – Komisyen ditawarkan jika kita berjaya membawa pelawat melihat iklan anda di laman web mereka sungguhpun mereka tidak melawat lama web anda dan pelawat tersebut tidak membeli.

3. Pay-Per-Click – Affilate diberi komisyen apabila berjaya membuat pelawat mengklik mana-mana iklan yang mengarah kepada laman web mereka.

Sekarang, anda boleh memilih program jenis manakah yang anda ingini. Semoga bertemu lagi di masa akan datang. Teruskan memberi sokongan anda kepada laman blog ini.

No comments: