Sunday, June 11, 2006

Mula menjadi affiliate



Hari ini, saya melayari internet untuk mencari maklumat mengenai program affiliate. Saya mulakan pencarian saya dengan penyadia program affiliate terkemuka iaitu Clickbank. Hampa! Saya begitu hampa kerana Clickbank tidak membuka keahlian kepada warga Malaysia. Mengapa? Tentu ada sebabnya, Sesiapa yang tahu mengapa, sila beri sedikit komen. Pandangan anda amatlah dihargai oleh pendatang baru seperti saya.

Saya kemudiannya mencuba pula satu lagi penyedia program affiliate iaitu program linkshare (LinkShare ). Yes, saya berjaya mendaftar sebagai ahli affiliate di linkshare. Peringkat pertama selesai, kini tiba masanya untuk saya meneruskan langkah seterusnya. Saya mula memilih program yang sesuai dengan saya. Daripada pembacaan saya, ramai peserta program ini gagal kerana mereka tersilap mewakili program affiliate. Mereka tidak memilih sesuatu berdasarkan minat mereka. Adalah sukar untuk menjual sesuatu yang kita tidak minat atau di luar kepakaran kita. Jangan melakukannya secara terpaksa atau kerana wang semata mata. Ia tidak akan berjaya. Saya mula menilai diri saya untuk mengenalpasti minat dan kepakaran saya. Susah juga proses pencarian dalam diri ini sebenarnya.

Setelah mengenal pasti kekuatan sendiri saya mulakan langkah seterusnya, ala-ala langkah pendekar menuju medan perang (konon). Saya mula meneroka program-program yang ditawarkan di linkshare. Ahhh…. Pening! Susah juga membuat pilihan. Tak apa, Jangan terburu-buru, biar lambat tapi pasti!! Kejayaan pasti milik insan yang mempunyai kesabaran.

Mari kita renungkan sebuah cerita ini:

Ali dan Abu menyertai satu pertandingan larian marathon. Syarat pertandingan ini adalah mereka perlu berkaki ayam dan apabila wisel ditiup, peserta dikendaki mendapatkan kasut yang disediakan oleh pihak penganjur dan boleh mulakan larian menuju garisan penamat. Apabila wisel ditiup Ali terus sahaja meluru ke tempat di mana kasut disediakan. Tanpa berlengah lagi Ali terus sahaja mengambil sepasang kasut dan terus memakai kasut yang dipilih. Dia berlari untuk memenangi perlumbaan ini.

Abu pula terkial-kial memilih kasut untuk dipakai. Beliau mencuba beberapa pasang kasut dan membelek kasut-kasut itu satu persatu. Mungkin mencari saiz yang sesuai atau mencari kasut yang selesa, ataupun yang cantik, hanya Abu yang tahu. Peserta-peserta lain telah mulakan larian, Abu masih di situ, terus mencari. Setelah Abu mendapat kasut yang sesuai dia mula berlari.

Abu berlari dengan selesa hingga kegarisan penamat. Ali? Beliau menghadapi kesukaran untuk meneruskan lariannya kerana kakinya sakit kerana mungkin saiz kasut ataupun jenis kasut yang tidak sesuai dengannya. Maka sia-sialah kerja si Ali. Beliau hanya membuang masa dan tenaga sahaja untuk menyertai perlumbaan itu. Abu pula berjaya menghabiskan lariannya, walaupun mungkin beliau tidak memenangi larian itu, tetapi beliau tetap dapat mengabiskan misinya iaitu untuk sampai kegarisan penamat.

Saya mendapat pengajaran berharga dari kisah di atas. Membuat sedikit kerja dengan mencari sesuatu yang sesuai dengan saya amatlah penting. Saya mahu pastikan apa yang saya lakukan berbaloi dan membuahkan hasil. Jangan terburu-buru untuk melakukan sesuatu. Bukankah kita diajar untuk melakukan sesuatu dengan tertib? Dalam sembahyangpun ada tertibnya. Kita boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan kita untuk lebih sempurna.

Sekian buat kali ini. Jangan lupa untuk membaca Diari Realiti ini yang akan ditulis dari semasa ke semasa.

Webmaster's Earn Money Here!

1 comment:

Mjkhir said...

Terima kasih atas komen ...

Semoga Tuan Puteri berjaya di dalam bidang yang anda ceburi....