Tuesday, June 20, 2006

Mari belajar mengurus email




Bertemu lagi. Kebelakangan ini saya agak sibuk sikit menguruskan produk terbaru saya. Sebenarnya terlalu banyak idea telahpun saya perolehi ketika ini. Apa yang memeningkan kepala saya adalah yang mana satu untuk dibuat dahulu. Ternyata di sini saya harus tahu untuk mendahulukan yang mana satu lebih penting dan lebih sesuai dengan pasaran. Masalah juga, idea ada, kemampuan tak ada (maklumlah bekerja sendiri). Kalaulah ada sesiapa yang dapat membantu saya ketika ini ataupun yang ingin berkongsi dengan saya, alangkah beruntungnya saya.

Hari ini saya ingin berbicara mengenai pengurusan. Bosan dengan topik ini? Sabar. Sebenarnya, untuk berjaya kita haruslah mempunyai sistem yang terurus. Kita mulakan proses pengurusan kita dengan proses pertama iaitu proses pengurusan email.

Daripada pengalaman saya, sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan internet, anda haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 alamat email. Mengapa? Biar saya terangkan satu persatu.

Alamat email pertama – Anda khaskan untuk perniagaan anda sahaja.
Alamat email kedua – Anda gunakan untuk berinteraksi bersama-sama rakan anda.
Alamat email ketiga – Anda gunakan alamat email ini adalah sebagai tong sampah kepada segala benda yang anda subscribe di internet semata-mata untuk mendapatkan hadiah percuma ataupun tip-tip, ebook, newsletter dan sebagainya.

Jika anda berjaya melakukan seperti yang saya sarankan di atas, tahniah! Anda lulus fasa pertama proses pengurusan email.

Fasa seterusnya ialah anda buka beberapa folder bagi setiap alamat email yang anda ada. Ini amat penting untuk anda menyisihkan email yang anda terima mengikut perkara atau subjek tertentu. Dengan melakukan begini, ia dapat memudahkan anda untuk mencari sesuatu maklumat daripada email yang anda terima dengan mudah. Selain itu, email anda juga akan kelihatan terurus dan tidak berserabut. Anda harus cuba nasihat saya ini.

Anda boleh mengandaikan email seperti sebuah kabinet yang menyimpan segala fail-fail anda. Adakah anda ingin semua jenis dokumen sama ada dokumen perniagaan, maklumat pelanggan, surat daripada sahabat anda, iklan-iklan dan sebagainya dimasukkan ke dalam satu kabinet sahaja? Tentu tidak… Alangkah indahnya kabinet anda sekiranya setiap surat atau dokumen disimpan teratur di dalam laci masing-masing mengikut perkara-perkara yang anda tetapkan.

Langkah seterusnya ialah padamkan email yang tidak dikehendaki untuk mengurangkan ruang email anda. Jangan membuka sebarang attachment yang kita tidak tahu siapa penghantarnya. Ianya amat berbahaya sekali. Ingat!!! Apabila virus menyerang, anda tahu apa akibatnya… Beringat sebelum kena. Hingga bertemu lagi…

No comments: