Thursday, June 15, 2006

Idea sudah mari...



Bertemu lagi. Hari ini saya telah mempunyai satu idea baru untuk menghasilkan satu produk digital. Buat masa ini saya sedang sibuk dengan penghasilan produk baru itu. Saya yakin produk ini boleh disiapkan paling cepat dalam masa sebulan dari sekarang. Semasa dalam proses menghasilkan produk ini, timbul satu pertanyaan. Bagaimana untuk memasarkan produk ini? Menjual sendiri dengan melancarkan satu laman web (saya belum bersedia untuk ini buat masa ini), atau menjual melalui eBay atau menjual menggunakan sistem affilite. Yang mana satu agaknya medium terbaik untuk saya? Mungkin ketiga-tiganya sekali. Sekiranya anda mahir dalam bidang ini, saya mengharap bantuan anda. Sila hantarkan pendapat anda kepada saya di mjkmulti@yahoo.com.my Saya amat menghargai tunjuk ajar yang anda berikan.

Pelajaran hari ini ialah mari kita renungkan senario ini:-

Si petani ini (kita namakannya sebagai Pak Ali) mempunyai produk yang bernama pisang emas. Pak Ali menjualkan pisang emasnya kepada peraih yang bernama Ahmad. Ahmad kemudiannya menjualkan pisang itu kepada peniaga lain dan pengguna. Dalam situasi ini Pak Ali terpaksa membahagikan keuntungannya bersama Ahmad. Alangkah bagusnya jika Pak Ali menjual terus pisang emas itu kepada pengguna. Dia mendapat semua hasil jualan pisangnya itu, tak perlu di beri kepada peraih bernama Ahmad. Pak Ali mengambil keputusan untuk menjual sendiri pisangnya. Keputusan yang bijak. Namun masalah timbul jua akhirnya bila Pak Ali sebenarnya tidak mempunyai kenderaan untuk mengangkut barang jualannya ke bandar untuk dijual. Tak mengapa Pak Ali melabur membeli sebuah lori buruk untuk menghantar hasil jualannya. Setelah memiliki lori, Pak Ali tersenyum kerana dia mula berangan-angan untuk menjadi kaya raya setelah dapat menjual semua hasilnya sendiri.

Pak Ali pun mula mengangkut pisang emasnya ke bandar, Dalam perjalanannya ke bandar, beliau mula terfikir, “Siapa yang nak beli pisang ini? Kepada siapa yang harus aku jual pisang yang banyak ni?” Pak Ali kemudiannya menuju ke pasar dan bertanya kepada peniaga di pasar itu. Oleh kerana beliau tidak mengenali sesiapa di pasar itu maka kecewalah Pak Ali kerana beliau tidak dapat menjual pisangnya. Semua penjual pisang di pasar itu telah mendapat bekalan mereka daripada peraih-peraih pisang seperti Ahmad dengan harga yang menarik. Mungkin Pak Ali boleh menandingi harga yang ditawarkan oleh peraih pisang tetapi peniaga pasar itu tidak mengenali siapa Pak Ali. Adakah Pak Ali mampu membekalkan pisang kepada mereka berterusan? Ternyata sukar Pak Ali untuk berurusniaga dengan penjual di pasar ini. Nampaknya Pak Ali terpaksa mencari jalan lain untuk menjual pisangnya. Mungkin terpaksa membuka gerai untuk memasarkan pisangnya, atau mendapatkan tapak perniagaan di pasar malam. Terpaksalah mengeluarkan belanja lagi…

Bolehlah diumpakan saya seperti Pak Ali dan peserta program affiliate sebagai peraih, laman web seperti gerai dan tapak pasar malam seperti eBay. Kesimpulan dari cerita ini ialah, serahkan kerja pada yang pakar. Walaupun keuntungan yang bakal diraih terpaksa dikongsi dengan peserta affiliate, produk kita mampu dipasarkan dan akan dijual secara meluas ke merata tempat. Kos juga dapat dijimatkan. Sememangnya peserta-peserta affiliate ini dapat menghidu peluang dan pakar dalam pemasaran. Alangkah baiknya jika Pak Ali lebih menumpukan pada aspek menambah pengeluaran produknya dan merancang untuk mengeluarkan produk baru dan membiarkan Ahmad menjualkan produk-produk beliau sementara Pak Ali yakin beliau mampu untuk melakukannya sendiri.

Jangan lupa jika anda mempunyai pendapat, sila hantarkan pendapat anda kepada saya melalui email ataupun anda boleh meninggalkan komen diruangan blog ini. Anda bebas untu berkongsi apa sahaja. Sekian dulu buat kali ini. Moga jumpa lagi.

Earn revenue from your website's traffic? Click here

No comments: