Sunday, July 23, 2006

Mari memproses idea keuntungan

Idea….
Idea…….
Idea………….

Semua usahawan internet perlulah bekerja keras dan sentiasa berfikir untuk menghasilkan sesuatu produk baru yang boleh dijual. Sudah semestinya keuntungan menjadi tunjang utama kepada sesuatu perniagaan. Persoalannya bagaimanakah untuk mencari idea-idea yang boleh menjana keuntungan buat kita?

Tiada cara lain selain dari berfikir. Ya…, berfikir, berfikir dan berfikir.

Setiap hari kita melalui pelbagai perkara samada secara langsung ataupun tidak langsung. Melalui penglihatan dan pengamatan kita, kita boleh menjana idea-idea hebat untuk menjalankan perniagaan kita. Kita cuma perlu memerah otak dan memikirkan untuk menjadikan sesuatu perkara yang berlaku dan cuba menukarkannya menjadi produk kita.

Jangan lupa, apabila kita membaca buku ataupun ketika sedang melayari internet, kita didedahkan dengan berbagai perkara. Di sini, kita boleh berfikir untuk mendapatkan idea yang menarik. Perhatikan laman web orang lain, fikirkan mengenainya dan cuba mencari idea anda sendiri.

Adalah amat penting anda membawa sebuah buku nota (tak kira besar atau kecil) kemana sahaja kerana idea boleh datang di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat dan masa. Catatkan semua idea yang anda dapat, kemudian cuba panjangkan lagi idea anda itu. Ingat!! Pupuk idea anda supaya menjadi besar. Catitkan semuanya, kerana kita bukanlah sempurna, boleh mengingat semua perkara.


Setelah mendapat idea yang amat bernas lakukan perancangan yang rapi untuk menjayakan misi anda. Pesan saya, idea yang lain janganlah dibuang, Mungkin boleh digunakan lagi di masa hadapan.

Semoga anda mendapat idea setelah membaca apa yang saya tulis kali ini. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan laman ini setiap masa kerana pelbagai topik menarik akan dibicarakan disini.

Untuk pengetahuan anda, saya sedang dalam proses menyiapakan beberapa ebook dalam bahas amelayu untuk panduan dan pedoman usahawan internet di Malaysia. Saya harap anda sabar menantikan kemunculan ebook saya…

Jika anda ingin berkongsi sesuatu ataupun ingin bertukar-tukar link sila hubungi saya melalui email di mjkmulti@yahoo.com.my

No comments: