Sunday, July 16, 2006

Disiplinkan diri untuk berjaya!

Hari ini saya ingin bercerita mengenai satu perkara yang agak penting iaitu DISIPLIN.


Untuk berjaya dalam apa perkara yang kita buat, disiplin memainkan peranan yang amat penting. Dalam menjalankan perniagaan tak kira secara online ataupun secara konvensional, aspek disiplin diri haruslah dititik beratkan.


Seperti saya, saya harus mendisiplinkan diri saya untuk menjalankan perniagaan saya di eBay. Dengan disiplin yang ketat, saya dapat membahagikan masa saya dan mengiklankan produk-produk tepat pada masanya. Saya memang tidak berkompromi dengan perkara ini. Saya percaya bahawa dengan mempunyai disiplin, kita dapat meningkatkan produktiviti dan keuntungan.


Segala perancangan yang diatur mungkin tergendala dan tidak berhasil jika kita memandang remeh perkara ini. Bayangkan jika kita membuat sesuatu sambil lewa tanpa mengambil berat soal disiplin diri, adakah kita boleh berjaya? Saya yakin anda sendiri tahu jawapannya……

Walaupun topik yang kita bincangkan hari ini agak ringkas, tetapi percayalah ianya membawa makna yang amat mendalam. Disiplin diri dapat membawa kita ke tahap yang lebbih tinggi lagi.
Semoga bertemu lagi....

No comments: