Sunday, August 06, 2006

Mengapa eBay?

Bertemu kembali,

Kenapa saya memilih eBay sebagai tapak jualan saya?
Apakah keistimewaan eBay di mata saya?
Untungkah saya?

Kali ini saya akan merungkaikan kepada anda semua mengapa saya memilh eBay sebagai medium pemasaran yang utama. Sebagai usahawan internet, kita harus mempunyai medium jualan yang pelbagai. Secara ringkas mengapa eBay menjadi pilihan saya adalah seperti berikut...

  • eBay merupakan satu enama yang dikenali seluruh dunia- Kita boleh menggunakannya sebagai gahan yang paling efektif untuk mengetengahkan produk kita.
  • Kita boleh menjual di eBay Malaysia secara percuma.
  • Mengurangkan masa dan kos untuk promosi - kebanyakkan bakal pelawat di ebay sedia untuk ditukar menjadi pelanggan kita
  • Boleh dilakukan secara automatik- terdapat banyak perisian disediakan untuk menguruskan perniagaan kita di ebay.
  • Sebagai medan untuk menguasai pasaran antarabangsa. Dengan sistem bayaran yang diterima pakai seluruh dunia (paypal) memudahkan urusniaga kita
  • Mempunyai sokongan 'cusomer service' yang hebat.
  • Sistem feedback yang amat membantu kita. Ia bertindak sebagai testimoni dari pelanggan kita. Pelawat biasanya lebih yakin dengan penjual yang mempunyai reputasi yang bagus di eBay.

Ini adalah sebahagian daripada sebab mengapa saya memilih eBay. Saya harap anda semua mendapt informasi berguna daripada laman blog ini. Teruskan melawat laman ini kerana ianya penuh dengan informasi yang boleh dikongsi bersama

sila lawati gedung jualan saya di ebay di http://www.ebay.com.my/listResults?browse=0&SellerId=mjkhir

Saya amat mengalu-alukan komen dan pandangan dari anda semua. Sekiranya nda ingin bertukar-tukar link, sila email saya di mjkmulti@yahoo.com.my . sehingga bertemu lagi.

No comments: