Sunday, August 27, 2006

Aktifkan dirimu

Selamat sejahtera,
Setelah sekian lama saya tidak menulis di ruangan ini nampaknya.
Sebenarnya saya amat sibuk buat masa ini. Nampaknya perjalanan perniagaan internet saya semakin berkembang dan keuntungan semakin meningkat.
Walaubagaimanapun, saya menghadapi perkara yang paling menduga perjalanan perniagaan saya. Komputer saya tidak dapat berfungsi. Seminggu juga semua kerja-kerja saya terbengkalai. Nasib baik semua pelanggan saya tidak merungut dan tidak meletak negatif feedback terhadap saya. Pada masa itu terdapat kira-kira 5 orang pelanggan sedang menunggu barangan yang dipesan. Saya tidak dapat melakukannya kerana kesemuanya terdapat di dalam komputer saya.
Kini semuanya telah kembli seperti biasa dan saya harap ianya tidak akan berlaku lagi.
Kepada anda semua, jangan lupa untuk terus menyoklong saya dan nantikan produk terbaru saya yang akan saya lancarkan tidak lama lagi. Saya akan membincangkan mengenainya di dalam keluaran akan datang.

No comments: