Thursday, November 16, 2006

Cara pembayaran penyumbang keberkesanan perniagaan internet


Selamat sejahtera. Izinkan saya berkongsi satu lagi tips yang menyumbang keuntungan kepada perniagaan internet anda. Cara pembayaran adalah topik saya pada kali ini.

Untuk makluman semua, cara pembayaran memainkan peranan penting di dalam perniagaan online. Dengan cara pembayaran yang sesuai, ianya dapat memudahkan bakal pelanggan kita untuk membuat belian dan apa lagi keuntungan sudah pasti menjadi milik kita.

Bagaimana untuk memilih kaedah pembayaran terbaik untuk perniagaan kita? Di sini saya ada beberapa tip yang boleh membantu anda. Sebelum saya memberikan tip-tip tersebut, ingin saya senaraikan kaedah pembayaran yang boleh kita gunakan. Antaranya ialah:

*Kad kredit

*Menggunakan perbankan internet seperti maybank2u, bank islam dll
*Bank-in ke dalam akaun
*Cek, Wang pos & bank draf
*Menggunakan akaun maya seperti paypal, egold, stormpay dll



Sekarang saya akan huraikan satu persatu kaedah yang saya senaraikan di atas.

1. Kad kredit

Penggunaan pembayaran menggunakan kad kredit amat meluas ketika ini. Kita boleh menerima bayaran menggunakan kad kredit dengan menggunakan pihak pemprosesan kad kredit (Third Party Credit Card Processor). Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini seperti Paypal, 2checkout.com, clickbank dan lain-lain. Mereka akan mengenakan yuran tertentu dan lain-lain bayaran.

Sekiranya harga produk atau servis yang anda tawarkan agak tinggi, maka berbaloilah dan sesuai anda menggunakan perkhidmatan ini. Saya nasihatkan kepada anda yang menumpukan pasaran untuk dalam negara kita sahaja dan produknya boleh didapati dengan harga yang rendah maka tidak perlulah anda membuang duit untuk menyediakan perkhidmatan ini.


2. Perbankan internet

Negara kita telahpun berkembang pesat di dalam bidang perbankan internet. Boleh dikatakan rata-rata mereka yang melayari laman web untuk membeli sesuatu adalah pelanggan perbankan internet. Cara ini lebih mudah , murah dan sesuai untuk mereka yang menumpukan pasaran hanya untuk dalam negara sahaja. CEPAT! Itulah yang saya suka mengenai perbankan internet. Pelanggan anda hanya perlu log on ke laman web perbankan mereka dan dengan satu transaksi sahaja RM akan di pindahkan TERUS ke akaun anda. Saya amat menyukainya.


3. Bank-in ke akaun (cash deposit)

Cara ini membuatkan pelanggan anda terpaksa pergi ke bank untuk membuat bayaran. Ingat, pelanggan kita tidak mahu bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu, sebab itu mereka membeli menggunakan internet. Ini akan menyukarkan proses pembelian dan pembayaran. Setelah pembayaran dibuat, pelanggan terpaksa pula mengimbas resit bayaran ataupun faks kan bukti pembayaran kepada kita. SUSAH!!!! Lebih baik jangan guna kaedah ini, kalau guna juga saya gerenti pelanggan akan cabut lari…..


4. Cek, Wang pos & Bank draf

Cara ini sudah tidak praktikal lagi pada masa kini. Ianya telah ketinggalan zaman. Jika anda adalah ushawan jenis ‘mail order’ maka ia sesuailah untuk anda. Jika anda peniaga ataupun usahawan online maka cara ini langsung tidajk digalakkan. LAMBAT… satu proses yang agak panjang. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan cara ini sebagai pilihan bayaran yang terakhir.


5. Menggunakan akaun maya seperti paypal, egold, stormpay dll

Anda pasti arif dan tahu apa itu paypal, egold autupun lain-lain nama syarikat yang menawarkan akaun maya secara online. Kita boleh menggunakan cara ini dalam perniagaan kita. Pada masa kini juga saya kira semua rakyat Malaysia tahu bagaimana untuk mengeluarkan wang dari paypal. Kalau tak tahu, anda boleh baca cara mengeluarkannya yang ditulis oleh seorang usahawan internet bumiputra negara kita. AMAT MUDAH, TETAPI, bukan semua bakal pelanggan anda mempunyai akaun maya seperti di atas. Anda juga harus ingat mereke juga mengenakan sedikit bayaran atas perkhidmatan yang mereka tawarkan.


Saya syorkan anda memberi pilihan kepada pelanggan anda cara untuk membuat pembayaran. Gabungan 2 atau 3 jenis cara penerimaan pembayaran amatlah digalakkan dan bergantung pada jenis perniagaan dan produk yang anda tawarkan. Fikir-fikirkan…tepuk keyboard tanya poket……..

No comments: