Tuesday, April 24, 2007

Skim pelaburan internet....(kaya VS sengsara)

HARAM!

Itulah jawapan kepada skim pelaburan yang paling popular dan glamour pada abad ini.

Berapa ramai yang telah mendapat keuntungan dan berapa ramai juga yang telah menderita akibat program seumpama ini. Mengapa ini terjadi? Mengapa ada orang terus mempercayai program sedemikian?

Sebenarnya program ini wujud kerana WANG!!!

Manusia-manusia tamak dan rakus mula memikirkan idea bagaimana untuk memperolehi wang dengan cara yang mudah. Ya, Mudah!!! Mengapa? Kerana begitu ramai orang yang mudah terpengaruh dengan hanya satu muka laman web sahaja terus memberi si penyangak ini wang!

Untuk mengelakkan kita dari di tipu, kita harus realistik. Kita juga haruslah dibekalkan dengan sedikit ilmu pelaburan dan ilmu mengelakkan diri dari jadi mangsa tipu!

Cuba anda bayangkan, logikkah satu pelaburan yang menawarkan keuntungan yang berlipat kali ganda daripada wang pokok yang kita laburkan? Apakah perniagaan sebenarnya yang mereka lakukan sehingga mereka boleh memyar keuntungan sebanyak itu? Adakah mereka setaraf Bill Gate atau pun Donald Trump? Hanya mereka yang tahu...

Jika anda salah seorang dari pelabur yang masih menaruh harapan ataupun masih meneruskan pelaburan gelap ini, nasihat saya hentikan, tiada faedahnya.... Kerugian pasti menjelma juga....

sekian sahaja untuk renungan anda...

No comments: