Saturday, April 28, 2007

Pengiklanan Melalui SMS Bagi Usahawan Internet.

Salam bahagia, Artikel ini di tulis oleh seorang penulis jemputan. Saya harap anda semua mendapat ilmu yang berguna dari artikel ini.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sistem Pesanan Ringkas atau Short Messaging System (SMS) amat sinonim dalam kehidupan harian kita. Setiap hari kita menggunakannya. Malah, rata-rata semua rakyat Malaysia memiliki telefon bimbit di mana mereka boleh menghantar SMS pada bila-bila masa. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, pemilik telefon bimbit telah menjangkau 21,520,000 pengguna pada suku ke-2 tahun 2006 dan mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 4.5% dan kadar penembusan sebanyak 80.8! Satu angka yang agak positif untuk sebuah negara membangun seperti Malaysia

Rakyat Malaysia memang gemar menghantar SMS. Ini terbukti dengan populariti rancangan realiti yang memerlukan penonton-penonton ikut serta dalam program-program yang ditayangkan. Contohnya Mawi yang juga digelar 'Raja SMS' kerana jumlah SMS yang diterima dalam menjuarai Akademi Fantasia 3 yang telah mencecah jutaan ringgit. Statistik hasil kajian Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia menunjukkan lebih dari 3406 juta SMS telah dihantar dalam tempoh suku pertama tahun 2005. Apa yang ingin ditekankan di sini ialah rakyat Malaysia bergantung pada teknologi ini untuk berhubung antara satu sama lain. Bayangkan potensi yang boleh dicapai jika para usahawan di Malaysia meraih pelanggan-pelanggan dari khidmat SMS selain dari kaedah-kaedah pemasaran yang lain, tentu ia boleh digunakan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.

Sebagai contoh, seorang peniaga 'ubat kuat' untuk lelaki yang menjalankan perusahaan di Machang, Kelantan dan beliau mempunyai reputasi yang baik dikalangan pelanggan-pelanggan beliau di Machang. Tetapi walaupun produk dan khidmat yang disediakan amat berkualiti, jumlah yang beliau perolehi hanya mampu untuk menampung kehidupan seharian sedangkan perniagaan beliau berpotensi untuk maju. Ini kerana kaedah pemasaran yang beliau gunakan adalah kaedah dari mulut ke mulut (Word of Mouth) oleh pelanggan-pelanggan beliau di sekitar Machang sahaja. Oleh kerana perniagaan beliau adalah secara kecil-kecilan, beliau hanya mampu mengiklankan khidmat beliau dalam surat khabar kecil seperti akhbar tabloid yang memang terkenal dengan cerita sensasi dan berbaur seksual untuk meningkatkan jualan. Ini satu usaha yang bagus malangnya, ia hanya dalam jangkamasa yang singkat. Untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan dalam Iklaneka beliau perlu membelanjakan dalam anggaran RM30.00 untuk iklannya dipaparkan selama sehari. Para pembaca tabloid belum tentu ada masa hendak membelek setiap helaian Iklaneka da akhirnya ia cuma tinggal sebagai salah satu iklan kecil di penjuru sebuah akhbar tabloid. Jauh Panggang Dari Api untuk beliau mengiklankan perniagaan beliau dalam Yellow Pages yang mengenakan bayaran bermula dari RM1,4++ untuk iklan kecil di dalam buku direktori yang belum tentu dibelek oleh sesiapa.


Jika kita menggunakan statistik yang telah dipaparkan di atas, alangkah bagusnya jika beliau dapat memaparkan produk dan khidmat beliau melalui SMS? Dengan potensi pelanggan sehingga 21 juta yang memiliki keupayaan untuk memiliki telefon bimbit dan menghantar SMS bukankah berbaloi jika hanya 1% dari jumlah diatas membuka telefon bimbit dan menghantar, sebagai contoh 'CARI UBAT KUAT' ke 33399 dan nama beliau terpapar pada skrin telefon bimbit menceritakan tentang khidmat yang ditawarkan serta cara menghubungi beliau, bukankah ia amat berbaloi kerana pelanggan itu adalah seorang pelanggan yang benar-benar berminat dengan perniagaan beliau. (A Highly Quality dan Targeted Customer).

Berita baiknya, sistem ini bukan sahaja boleh dimanfaatkan oleh pengusaha seperti contoh di atas malah ia boleh digunakan oleh semua jenis perniagaan. Adakah anda seorang ejen MLM di kawasan anda? Seorang freelancer dalam bidang IT dan mahu menghebahkan skil anda? Seorang suri rumah yang cekap dalam bidang masakan dan mahu menjual resepi-resepi anda secara kecil-kecilan? Seorang Ejen berdaftar untuk Insurans, Kredit kad dsb? Seorang pengusaha makanan tradisional di luar bandar? Seorang pengusaha tembikar atau lain-lain barangan yang antik?

Dan macam-macam lagi bentuk perniagaan yang anda boleh fikirkan tetapi masih tercari-cari satu 'solution' atau penyelesaian terhadap masalah pengiklanan SMS merupakan jawapan kepada masalah itu walaupun ia tidak menjanjikan keuntungan kepada perniagaan anda malah, tiada satu pun kaedah pemasaran dalam dunia ini boleh menjanjikan keuntungan berlipat ganda, tetapi apa yang pasti, pengiklanan melalui SMS boleh menjanjikan satu pekara iaitu perniagaan anda akan mendapat pendedahan yang lebih meluas kepada mereka yang betul-betul berminat dan lebih kos efektif kepada perniagaan anda.
=============================================================================
Mengenai Penulis Artikel

Khairul Nizam adalah seorang Wakil/Ejen berdaftar bagi Mobile-Income dari Syarikat Business Integrated Resources Sdn Bhd yang berpusat di Taman Melawati. Syarikat ini adalah penyedia perkhidmatan pengiklanan SMS dengan modal serendah RM48.00 selama setahun, bersamaan dengan RM0.15 sehari. Untuk maklumat lanjut sila telefon atau SMS 016-3989075 atau layari www.mobile-income.com untuk penerangan lanjut.

No comments: