Monday, December 04, 2006

Telefon bimbit dan perniagaan anda.


Tajuk apa pulak ni? semacam aje bunyinyakan?

Tahukah anda bahawa telefon bimbit pada masa kini telahpun menjalani satu proses revolusi yang mendadak. Dengan kemajuan teknologi, peranan telefon bimbit hampir dapat menyamai fungsi sesebuah komputer peribadi.

Apa yang ingin saya fokuskan ialah penggunaan telefon bimbit di dalam perniagaan kita.

Seperti yang anda semua maklum, ramai usahawan menyimpan maklumat perniagaan mereka di dalam telefon bimbit mereka seperti nombor telefon pelanggan, alamat email, data-data penting, no akaun bank, no kad kredit dan sebagainya. Bolehlah diumpakan telefon bimbit mereka seperti pembantu peribadi mereka.

Cara ini terbukti efektif dan bijak. Sekiranya anda juga melakukan demikian, anda berada di dalam arus perdana.

WALAU BAGAIMANAPUN.....
SILA AMBIL PERHATIAN...
BAHAWASANYA......

  • Ianya boleh menjadi menjadi mipi ngeri jika anda kehilangan telefon anda, atau telefon anda dijangkiti virus. Anda kehilangan semua data penting yang anda simpan di dalam telefon anda. Pelanggan anda juga tidak dapat lagi menghubungi anda. Ngerinya........ Jalan terbaik adalah anda backup segala maklumat penting di dalam telefon bimbit anda. Anda boleh memindahkan maklumat itu ke dalam komputer anda ataupun menyalinnya di dalam buku nota anda.
  • Jika anda adalah pelanggan talian prabayar (prepaid) pastikan anda mendaftar telefon anda sebelum 15 disember 2006! Jika anda gagal berbuat demikian, maka anda tidak boleh lagi menggunakan talian telefon tersebut. Jika anda menggunakan hotlink anda boleh menyemak status pendaftaran anda dengan menghantar mesej dengan menaip REG dan hantar ke nombor 22555. Untuk rangkaian lain sila semak dengan operator perkhidmatan anda. Lakukan sebelum anda mengalami kerugian.....

Ini adalah sedikit peringatan ikhlas dari saya untuk anda. Semoga kita sama-sama berjaya di dalam lapangan perniagaan internet ini. Mana tahu suatu hari nanti kita juga boleh menjadi jutawan internet Malaysia sebaris dengan tokoh usahawan internet negara kita, iaitu Dr Irfan dan lain-lain.

No comments: