Thursday, December 14, 2006

Perkembangan terbaru - Iklan percuma

Bertemu kembali,

Harap maaf kerana sudah beberapa hari laman ini tidak diisi dengan pelajaran baru. Sebenarnya saya agak sibuk menyiapkan beberapa projek terkini. Saya juga dalam proses menunggu kelahiran cahaya mata kedua. Ini yang membuatkan kerja-kerja saya sedikit terganggu.

Baiklah hari ini saya akan memberitahu perkembangan terbaru mengenai dunia perniagaan internet. Tahukah anda bahawa iklan mampu menarik ramai pelanggan? Tahukah anda terdapat banyak sumber atau jenis bahan pengiklanan yang anda boleh gunakan untuk menarik pelawat ke laman web anda?

Kini saya ada berita baik dan saya harap anda semua memanfaatkan berita baik yang saya umumkan ini. Sebenarnya kini saya telahpun membuka satu laman khas untuk pengiklanan percuma. Anda boleh mengiklankan produk atau perniagaan anda terus ke laman tersebut dengan hanya menggunakan email sahaja. Amat mudah bukan? Dengan satu email sahaja produk atau perkhidmatan anda kini terpampang di laman iklan yang saya sediakan.

Jika anda ingin mengiklankan produk atau perkhidmatan anda di laman tersebut sila emailkan iklan anda ke lamanputera.virtualmart@blogger.com . Iklan anda akan disiarkan di laman http://virtualmart.blogspot.com serta merta. Anda juga boleh melihat iklan-iklan lain atau meninjau peluang perniagaan uang diiklankan oleh orang lain di laman tersebut.

Laman iklan percuma ini telahpun saya iklankan ke seluruh dunia dan diiklankan ke semua enjin carian, maka anda dinasihatkan menggunakan bahasa inggeris sekiranya ingin produk anda ditembusi diperingkat antarabangsa. Harus diingat, adalah dilarang sama sekali mengikalankan sesuatu yang melanggar undang-undang dan bahan lucah adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jika anda mengingkari peraturan tersebut maka iklan anda akan dipadamkan.

untuk melihat iklan percuma sila klik di sini

Jadi saya harap anda merebut peluang keemasa yang saya tawarkan. di harap kita semua berjaya di dalam arena perniagaan internet ini.

No comments: