Sunday, December 17, 2006

Bercuti sementara


Selamat sejahtera.

Saya ingin mengumunkan bahawa saya akan bercuti selama lebih kurang seminggu. Ini kerana saya menyambut kehadiran cahaya mata yang kedua. Alhamdulillah, kami dikurniakan seorang putera. Insya Allah, saya akan menyambung semula menulis di laman ini selepas segala urusan kelahiran selesai.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat ibu bapa saya yang bersusah payah membantu di dalam segala urusan menyambut kelahiran bayi. Juga untuk Kakak saya yang datang menziarahi putera kami. (Terima kasih juga kerana sanggup menyelesaikan urusan membasuh uri dan menanam uri) Tak lupa juga untuk adik saya yang datang dari Negeri Sembilan. (Terima kasih, lauk yang kau masak memang sedap!) Tak terkecuali juga keluarga mertua saya yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan juga kepada rakan-rakan yang datang dan memberikan ucapan tahniah dan sokongan untuk kami.

Dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga saya, tanggung jawab saya semakin bertambah dan ini membuatkan saya harus melipat gandakan usaha saya di dalam perniagaan internet. Semoga saya dapat m,encapai kejayaan.

Sudahkah anda melawat laman virtualsmart? Anda boleh mengiklankan produk anda prcuma di sana. Untuk keterangan lanjut sila layari laman http://virtualsmart.blogspot.com .

Hingga bertemu kembali di lain kali, teruskan menyoking saya untuk mendapatkan maklumat berguna mengenai dunia perniagaan internet secara percuma.

No comments: