Saturday, December 02, 2006

Promosi, Promosi, Promosi




Promosi?

Ya, promosi merupakan perkara yang terpenting sekali dalam menentukan kejayaan sesuatu perniagaan itu untuk mendapat keuntungan.

Dengan menguasai selok belok promosi, ia menjadikan produk kita atau perkhidmatan yang kita tawarkan mendapat sambutan daripada pelanggan.

Walau sehebat manapun laman web kita atau sehebat manapun produk kita, tanpa promosi yang berkesan sudah tentu kita mengalami kegagalan.

Sebenarnya, bagi saya bahagian inilah merupakan bahagian yang tersukar buat saya. Nasib baik saya mempunyai banyak rujukan mengenai promosi dan pemasaran (baca ebook). Jika anda ingin mendalami ilmu mengenai promosi dan pemasaran, anda bolehlah melawat laman web yang saya sediakan khusus untuk memuatkan artikel mengenai perniagaan internet di fromyourhome.blogspot.com. Klik di sini untuk membaca artikel mengenai perniagaan internet.

Kalau anda nak tahu, ini juga salah satu daripada cara untuk mempromosi laman web saya yang lain iaitu freetoget.blogspot.com (he... he.. he..., Jangan marah...) Saya jamin anda akan mendapat info yang berguna jika anda sudi meluangkan masa untuk melawat laman web saya.

Ditopik yang lain saya akan bincangkan mengenai bagaimana cara mudah dan berkesan untuk membuat promosi perniagaan anda.

No comments: