Friday, December 01, 2006

Mencipta mesin wang

Bertemu kembali,

Sudah dua tiga hari saya tidak menulis apa-apa di laman ini. Maafkan saya sekiranya anda ternanti-nanti topik baru yang saya ingin kongsikan. Sejak kebelakangan ini, saya agak sibuk sedikit, dengan urusan pejabat (kerja full time saya) dan juga urusan perniagaan internet saya. Sejak dua menjak ini, saya sedang mencipta mesin menjana wang automatik saya di internet. Anda juga boleh melakukan seperti saya juga.

Apa itu mesin wang?

Bagi saya, mesin wang bermaksud sumber mendapatkan wang atau sumber yang boleh menjana wang untuk kita. Kita tidak perlu untuk bekerja keras untuk mendapatkan wang dan ianya tidak memerlukan pengawasan rapi dari kita. Kita boleh mengupah orang lain untuk melakukannya untuk kita dan kita mencari peluang lain untuk mencipta lebih banyak mesin wang.

Bagaimana untuk menciptanya?

Untuk menciptanya, kita haruslah kreatif. Fikirkan apakah benda yang boleh kita lakukan dan ianya boleh mendatangkan pulangan kepada kita. Banyakkan membuat kajian dan penyelidikan untuk mencari idea.

Harus diingat, mesin wang ini bukanlah hanya di internet sahaja malah di luar sana pun kita boleh menciptanya.

Berikut adalah beberapa contoh mesin wang yang boleh anda cuba untuk menjana wang untuk anda:

  • Mengendali telefon awam (coins operated phone)
  • Mengendali mesin menjual air mineral (jual air paip aje pun boleh kaya!)
  • Membuka gerai makan (mengambil pekerja untuk menguruskan)
  • Menulis buku (dapat royalti atas jualan)
  • Menjadi usahawan internet (laman web yang menjual)

Ini adalahsebahagian dari cara yabg boleh kita lakukan. Ada banyak lagi cara yang boleh anda lakukan untuk mencipta mesin wang anda.

Kini saya telahpun mempunyai mesin wang saya, anda bila lagi?

Untuk mendapatkan idea menarik ataupun peluang mengenai perniagaan internet sila layari laman http://fromyourhome.blogspot.com

No comments: