Tuesday, June 12, 2007

Bolehkah Berjaya Di eBay?

eBay? Bolehkah kita berjaya di eBay? Laman lelongan terkemuka di dunia ini boleh memberikan pulangan kepada usahawan internet di negara kita sekiranya anda melakukannya dengan cara yang betul.

Dengan nama yang begitu gah, eBay mempunyai tarikan tersendiri kepada pelawat dan produk kita mendapat liputan meluas serata dunia. Secara tidak langsung, pelanggan eBay adalah prospek kita!..

Sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan secara lelongan di eBay, saya nasihatkan anda belajar dulu untuk mula mempromosikan produk anda di eBay Malaysia dahulu kerana ianya percuma. Setelah lebih daripada 18 bulan saya menyertai eBay Malaysia, saya semakin yakin dengan laman lelongan ini. Banyak kelebihan yang saya perolehi dan ini membuatkan saya telah bersedia untuk melangkah lebih jauh.

Kini saya mula mengintai pasaran di peringkat global. Apa yang saya perlu lakukan sekarang ialah, saya perlu memperbaiki beberapa kelemahan terutama dalam bidang promosi dan menulis sales letter.

Saya akui, sememangnya terdapat sedikit kelemahan di dalam membuat sales letter. Ini kerana masalah utama yang menjadi penghalang saya adalah masalah BAHASA!!! Jika saya mahir di dalam bahasa inggeris, saya pasti, saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Bertemu lagi di lain kali dengan isu yang lebih mengancam!!!!!

No comments: