Friday, December 14, 2007

Lamanputera belum berkubur lagi

Salam sejahtera...

Setelah sekian lama saya meninggalkan laman ini tanpa sebarang berita.

Jutaan maaf dipinta di atas kehilangan saya dari dunia perniagaan internet ini. Bukannya saya merajuk atau kecewa dengan perniagaan internet ini, cuma....

Sebenarnya saya tidak dapat memberi sepenuh komitmen terhadap bidang perniagaan internet buat masa ini. Saya terlalu sibuk dengan pekerjaan harian saya dan komitmen lain terhadap keluarga saya.

Ini membuatkan masa saya untuk menguruskan perniagan ini amat terbatas dan saya tidak mampu lagi untuk melahirkan idea-idea segar dan bernas seperti apa yang telah saya lakukan sebelum ini.

Setelah agak lama memencilkan diri dari dunia perniagaan internet ini, agak terasa juga wang simpanan semakin susut. Jika dulu pasti ada sahaja wang yang mengalir masuk ke akaun bank saya, kini tiada lagi yang mengalir kecuali wang gaji saya sahaja. Gusar juga fikiran saya memandangkan saya telah kehilangan sumber pendapatan tambahan saya, tapi apakan daya saya tidak mampu untuk melakukannya....

Kini setelah lama menyepi, saya akan kembali merancakkan industri perniagaan internet ini. Nantikan ilmu-ilmu baru yang akan saya kongsikan di ruangan ini.

Jangan lupa untuk terus mengunjungi laman ini dan setia bersama saya....

Hingga bertemu lagi di lain kali.....


N A N T I .......